Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hafizh Syahrin Sedia Untuk MotoGP Pertama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hafizh Syahrin Sedia Untuk MotoGP Pertama

KUALA LUMPUR- Pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah menunjukkan prestasi luar biasa semasa sesi kelayakan MotoGP Dunia 2018 di Litar Antarabangsa Losail, Qatar pada Sabtu walaupun ia menjadi cabaran kelas perdana pertamanya.

Muka baharu dalam MotoGP itu yang beraksi untuk pasukan Monster Yamaha Tech3, mencatatkan masa sepusingan terpantas 1 minit 55.258 saat untuk memulakan perlumbaan pertamanya dari petak kelima.

“Saya berasa sangat baik hari ini. Saya rasa saya boleh melakukan dengan lebih baik. Bagaimanapun, berada di kedudukan ke-15 untuk memulakan perlumbaan MotoGP pertama sudah bagus untuk saya.

“Selain itu, saya juga gembira dengan usaha hebat daripada pasukan, kini saya tumpu sepenuhnya pada perlumbaan dan berharap tidak melakukan kesilapan semasa (perlumbaan) 22 pusingan,” katanya dipetik dalam laman web rasmi pasukan.

Sementara itu, rakan sepasukannya, Johann Zarco dari France meraih petak pertama selepas merekodkan masa sepusingan terpantas 1:53.680s.

Dalam kelas Moto2, Khairul Idham Pawi dari Idemitsu Honda Team Asia mendapat tempat ke-25 dengan catatan masa 2:02.433s semasa kelayakan, manakala pendatang baharu Moto2 dari Malaysia, Zulfahmi Khairuddin dari SIC Racing Team menamatkan perlumbaan dengan masa terbaiknya 2:04.780s.

Pelumba Malaysia Adam Norrodin dari Petronas Sprinta Racing menduduki tangga ke-17 masa sepusingan terpantas 2:07.758s dalam kelas Moto3 dan akan memulakan perlumbaan pembuka musim dari petak keenam.

Rakan sepasukannya Ayumu Sasaki dari Jepun akan bermula dari barisan kedua selepas mencatatkan masa sepusingan terpantas 2:07.043s semasa sesi kelayakan.

Perlumbaan Moto3 dan Moto2 di Litar Antarabangsa Losail akan bermula masing-masing pada 9 malam dan 10.20 malam manakala kelas MotoGP akan bermula tengah malam (waktu Malaysia).

— BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FZ5C7G

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.