Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kubang Pasu masih sayangkan Dr M - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kubang Pasu masih sayangkan Dr M

mahathir-mohamad-fmt-31-os
Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad antara yang disenaraipendekkan oleh parti itu untuk bertanding di Kubang Pasu.

ALOR STAR: Kubang Pasu bakal menjadi tumpuan umum pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini jika PPBM memutuskan untuk menentang Umno dengan meletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di situ.
Walaupun calon parti itu masih belum dimuktamadkan, nama pengerusi PPBM itu antara yang disenaraipendekkan dan ia tidaklah mengejutkan.

Ketua PPBM Kubang Pasu, Mohd Hairy Md Saad berkata sedemikian kerana bekas perdana menteri berusia 93 tahun itu adalah bekas ahli Parlimen kawasan itu dan beliau masih disayangi masyarakat di sana.

“Masyarakat di sini sangat sayangkannya. Beliau membawa banyak pembangunan ke daerah ini, menjadikannya hab pendidikan. Banyak institut pendidikan dibina, antaranya, Universiti Utara Malaysia (UUM), Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas), Institut Latihan Perindustrian dan institut perguruan.

“Hasilnya, Kubang Pasu melahirkan ramai pendidik dan orang yang berpengatahuan,” katanya kepada FMT.

Kelahiran institut-institut pendidikan ini juga menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka di Kubang Pasu terutamanya di kawasan Changlun di mana UUM didirikan, katanya.
“Pelbagai pekerjaan diwujudkan, daripada pensyarah sehinggalah penjaga bangunan,” kata Hairy.

Tambahnya, sentimen terhadap Dr Mahathir masih kuat, walaupun selepas beliau meninggalkan Umno dan membentuk partinya sendiri yang kini sebahagian daripada gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH).

“Bukan sahaja penduduk Kubang Pasu dan penyokong PPBM yang masih sayangkan Dr Mahathir. Mereka dari Umno juga masih sayangkannya.
“Kami sebelum ini dari Umno, dan kami masih berkawan dengan mereka dari Umno. Apabila kami berbual dengan mereka, mereka memberitahu, jika Tun (Dr Mahathir) bertanding, mereka akan menyokongnya.

“Mereka menghargai sumbangan dan pengorbanan Dr Mahathir di Kubang Pasu.”
Begitulah dominasi Umno di Kubang Pasu sehinggakan kerusi itu hanya pernah ada 2 ahli Parlimen sejak ia diwujudkan pada 1974 iaitu Dr Mahathir dan penggantinya, Datuk Seri Mohd Johari Baharum.

Mahathir, anak kelahiran Kedah, memegang kerusi Kubang Pasu yang mempunyai lebih 65,000 pengundi berdaftar, selama 7 penggal sehingga 2004.
Beliau adalah perdana menteri daripada 1981 sehingga 2003.

Semasa PRU seterusnya pada 2004, 2008 dan 2013, kerusi itu yang mempunyai komposisi Melayu sebanyak 86%, Cina 9%, dan India 4%, dipertandingkan da dimenangi oleh Timbalan Menteri Pertahanan sekarang iaitu Johari.
Pada PRU13, beliau mengalahkan wakil PAS, Mohd Jamal Nasir dengan 10,444 undian.

Hairy bagaimanapun berkata, walaupun memegang kerusi itu selama 3 penggal, Johari tidak banyak membawa perubahan kepada Kubang Pasu.
Menurutnya, kini, penduduk Kubang pasu sukar mendapat pekerjaan kerana kekurangan peluang.

“Mereka yang masih menyokong Umno adalah mereka yang berjawatan dan berkepentingan dalam parti.
“Kami juga melihat majoriti cawangan Umno di Kubang Pasu gagal mengadakan mesyuarat kerana kekurangan korum.”

Walaupun berdepan banyak cabaran, Hairy berkata PPBM berpeluang besar untuk menang di Kubang Pasu kerana ahlinya sudah bekerja keras.
Katanya, mereka sudah berjaya melancarkan jentera pilihan raya di kesemua 44 pusat daerah mengundi di Kubang Pasu.

Sebelum ini, parti pembangkang seperti PKR dan Amanah mendapati ianya sukar untuk melancarkan jentera di PDM.
“Tetapi kami di PPBM banyak menerima bantuan dan sokongan daripada masyarakat untuk melancarkan jentera pilihan raya di kesemua 44 PDM.

“Kami yakin kerusi-kerusi dalam Kubang Pasu menyokong PPBM. Kami juga melihat ahli Umno sekarang menyokong kami. Mereka sudah hilang kepercayaan terhadap Umno, terutamanya di Kubang Pasu dan kini mereka memberi kerjasama dan bantuan untuk melancarkan jentera.

“Saya sangat percaya sentimen masyarakat Kubang Pasu memihak kepada kamu dan mereka menyokong Dr Mahathir sepenuhnya.”

Berkenaan isu dihadapi penduduk di Kubang Pasu, Hairy berkata perkara utama yang membimbangkan adalah kos hidup yang semakin meningkat, kekurangan pembangunan dan banjir.
“Ada janji yang tidak dipenuhi. Contohnya, ahli Parlimen sekarang berjanji kepada masyarakat Melayu pada 15 tahun lalu, Barisan Nasional (BN) akan bantu membina masjid untuk menggantiikan masjid di Changlun yang sudah uzur.

“Tetapi 15 tahun sudah berlalu. Umno kini menjanjikan perkara itu lagi jika mereka diberikan mandat.
“Patutkah masyarakat masih percayakan Umno? Peluang sudah diberikan kepada mereka berulang kali.”
Parlimen Kubang Pasu terletak di bahagian utara Kedah bersempadan dengan Perlis dan negara jiran, Thailand.

Pada 1841, Sultan Ahmad Tajuddin menyerahkan Kubang Pasu kepada Tunku Anum Tunku Abdul Rahman selepas Tunku Anum berjaya membebaskan Kedah daripada genggaman pemerintahan Siam pada peperangan Siam-Kedah.
Tunku Anum diberi kuasa memerintah Kubang Pasu dan baginda menamakannya “Kubang Pasu Darul Qiyam” yang bermaksud negeri yang berdiri atas sendiri. Pusatnya dahulu terletak di Pulau Pisang.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pfQnQr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.