Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dalam Banyak, Kak Ngah Yang Banyak Tahu “RAHSIA” Mak Sehingga Satu Hari… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dalam Banyak, Kak Ngah Yang Banyak Tahu “RAHSIA” Mak Sehingga Satu Hari…

Dalam Banyak, Kak Ngah Yang Banyak Tahu “RAHSIA” Mak Sehingga Satu Hari… | Terima kasih admin sebab approve cerita aku ni. Hi. Nama aku Farhan. Aku anak bongsu dari lima beradik. Aah aku yang kelima dan dari lima ni, aku sorang je lelaki dan aku sorang jugak yang masih bujang huhu. Ok stop on that. Aku bukan nak cerita pasal aku, tapi aku nak cerita pasal Kak Ngah aku.

KAK NGAH ANAK KEDUA DAN DIA “PELIK”

Kak Ngah adalah nombor dua dalam adik beradik kami. Dari kecil lagi perangai dia macam “pelik”. Takde la pelik macam saiko tu tapi lain dari lain sket berbanding kakak-kakak aku yang lain. Mungkin aku tak banyak main dengan dia kot kecil-kecil dulu. Dia pun memang jarang berbual dengan aku. Eh bukan setakat aku je, tapi dengan kakak-kakak aku yang lain gak.

Tapi Kak Ngah sangat rapat dengan ayah. Antara waktu dia selalu tersenyum bila ayah buat lawak kat dia. Kalau kami buat lawak, mentoya je muka dia tak gelak. Hairan lagi kami. Huhu.

Bila aku masuk sekolah rendah je, Kak Ngah dah masuk sekolah asrama. Dia ni jenis memang sangat berdikari, tak macam Kak Long aku, semua benda nak minta tolong kat mak ayah aku. Dalam adik beradik kami, dia seorang je yang belajar kat asrama. Dia ni agak pandai gak la kat sekolah. Yang lain-lain sekolah biasa je.

AYAH MENINGGAL DUNIA

Waktu aku umur 10 tahun, ayah aku meninggal dunia, serangan jantung tiba-tiba. Semua berkumpul di rumah, Kak Ngah balik lambat sket sebab sekolah asrama dia agak jauh. Kami semua mak dan adik beradik menangis sedih. Bila Kak Ngah sampai je, muka Kak Ngah rilek je. Tak nampak macam sedih.

Aku waktu tu budak lagi. Tapi aku pun terkejut dengan reaksi Kak Ngah. Muka dia macam takde perasaan. Aku rasa macam nak marah je time tu. Kan ayah sangat sayang kat dia. Tu aku cakap Kak Ngah aku ni pelik tu. Lepas selesai urusan jenazah arwah ayah dikebumikan. Kak Ngah terus balik ke asrama semula, tak silap waktu tu dia ada exam. Sebelum berpisah, mak peluk lama dengan Kak Ngah. Mak pesan, “Kak Ngah kena kuat ye”.

KAK NGAH PALING BERJAYA ANTARA KAMI

Tahun berganti, Kak Ngah akhirnya jadi jurutera dan dapat kerja dengan syarikat ternama di Kuala Lumpur. Alhamdulillah aku tumpang gembira. Pada masa yang sama semua kakak-kakak, termasuk Kak Ngah sudah pun berkahwin dan ikut keluarga masing-masing. Kat rumah, tinggal mak dan aku je. Aku pun tengah buat sijil kemahiran, kebetulan memang dekat je dengan rumah kami.

Mak semakin tua, dengan kakak-kakak semua dah merantau, siapa lagi nak jaga mak kan. Konon la, hakikatnya aku takde la jaga mak sangat. Bangun tidur, dah ada sarapan, pastu gi kelas, balik malam, makan malam dan masuk bilik huhu. Jadi macam mak pulak yang masih jaga aku. Allahu. Sedih pulak bila ingat balik.

MENJELANG HARI RAYA

Satu hari, Kak Ngah call aku, tak silap waktu tu tengah puasa Ramadhan. Tak pernah-pernah dia call, tiba-tiba dia call pulak kan. Dia tanya aku mak sihat dak. Aku cakap okay je. Tak demam. Boleh jalan macam biasa. Pastu dia tutup phone. Macam tu je. Pelik. Kan?

Dipendekan cerita. Maka hari raya pun menjelma. Keluarga kakak-kakak semua balik rumah mak. Syok. Rumah dah tak sunyi. Gelak ketawa. Bising anak-anak buahku bermain. Ah layankan sahaja. Lepas raya, semua keluarga kakak-kakak aku bersiap nak balik.

Tapi Kak Ngah minta izin suaminya untuk stay extra 2 hari untuk duduk rumah dengan mak. Cuti raya dah abis, dia nak stay extra kat rumah. Sekolah pun dah mula. Semua pun mula bekerja. Kak Ngah masih duduk dengan kami. Satu hari tu, dia bawa mak keluar. Tak tahu ke mana.

MAK BALIK RUMAH DAN MENANGIS

Tau-tau balik rumah. Mak nangis. Kak Ngah senyum je. Aduhai drama apa pulak ni. Tak lama lepas hantar mak balik rumah, Kak Ngah terus bersiap dan minta izin mak balik KL. Dan malam tu, aku tanya mak, kenapa mak nangis masa Kak Ngah hantar balik rumah.

“Farhan, Kak Ngah ko tu baik sangat. Tadi mak keluar dengan dia pi jumpa pakar mata.” Perasaan ingin tahu aku membuak-buak. Kenapa pulak mak aku kena pi jumpa pakar mata nih.

MATA MAK DAH LAMA KABUR TAK NAMPAK

“Untuk makluman, dah lama mak rahsiakan. Mata mak ni dah kabur tak nampak, nak kata rabun, bukan rabun. Macam ada selaput. Muka ko pun dulu mak tak nampak. Kabur je. Mak tak bagitau kat ko dan adik beradik. Tapi Kak Ngah kau tu macam tau je ada tak kena. Dia tau mak tak nampak.”

Aduh. Terpanah hati aku. Mak dah lama tak nampak. Mata mak ada selaput? Duh, kenapa aku tak perasan selama ni.

“Kak Ngah cari pakar mata kawasan sini dan siap buat temujanji untuk mak. Mak tak tahu pun. Jadi kami pi jumpa doktor kat Pakar Mata Yusof tu ha. Bila cek, rupanya mak ada katarak. Doktor tu kata rawat katarak tu sekejap je. Kena bedah tapi 20 minit boleh siap. Kak Ngah terus setuju dan bayarkan. Mak pun ikut je.”

“Mak nangis balik tadi sebab masa keluar rumah, mata mak tak nampak, lepas balik mata mak dah boleh nampak. Allah macam tuhan berikan peluang kedua kat mak. Sekarang mak dah boleh nampak wajah Farhan dengan jelas dah”

RAHSIA KAK NGAH

Aku terkedu. Mak mula bercerita tentang Kak Ngah yang selama ni aku tak pernah tau. Banyak cerita mak. Mak tampak happy sangat. Tapi yang tersentuh di hati aku bila mak kata camni.

“Kau ingat lagi tak masa ayah kau meninggal, kau kecik lagi, sehari sebelum ayah meninggal tu, Kak Ngah call rumah, sempat cakap dengan ayah. Ayah macam bagi hint. Tak sedap badan. Pastu Kak Ngah ko tu nangis-nangis kat telefon bila cakap dengan arwah ayah. Pastu bila ayah meninggal, memang mak tau, Kak Ngah ko la paling sedih dan mak paling risau pasal dia. Anak-anak mak lain nangis, dia tak. Tapi dia macam tu la. Nampak je tenang tapi hatinya Allah je tau. Tu mak risau kat dia tu.”

Bila mak cerita camtu terus aku tersentap. Takleh tidur malam tu. Tapi aku gembira tengok mak mula ceria. Sebelum ni memang ada nampak mak macam tak keruan. Ingatkan memang sebab tua. Masalah mata rupanya. Esoknya aku saja jalan-jalan kat pekan nak tengok Pakar Mata Yusof tu. Nak masuk tu aku segan, so aku hantar je kad terima kasih kat situ.

Terasa menyesal di hati. Mak depan mata setiap hari. Tapi tak perasan pun susah payah mak. Aku ceritakan ni bukan apa, jangan korang jadi macam aku ni. Tapi jadilah macam Kak Ngah aku tu. Mak ayah kita bila dah tua memang tak suka susahkan kita. Kita la yang muda-muda kuat ni yang kena prihatin dengan mereka. Aku harap korang boleh ambil iktibar dari kisah ni.

Kalau korang atau mak ayah ada masalah mata, boleh hubungi Pakar Mata Yusof Bentong / Pakar Mata Yusof Segamat Baru / Pakar Mata Yusof Bahau (boleh whatsapp terus www.wasap.my/60179227423) atau boleh singgah di page FB mereka untuk maklumat lanjut https://www.facebook.com/pakarmatayusof/




The post Dalam Banyak, Kak Ngah Yang Banyak Tahu “RAHSIA” Mak Sehingga Satu Hari… appeared first on SAYALUVISLAM.



✍ Sumber Pautan : ☕ SAYALUVISLAM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pmtNpa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.