Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fortuner Sesuai Untuk Kegunaan Harian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fortuner Sesuai Untuk Kegunaan Harian



Timbul satu perasaan setiap kali memandu kenderaan bersaiz besar sama ada bangga atau sekadar menyedari keupayaan jentera itu sendiri mengharungi sebarang permukaan jalan raya. Namun, penulis beranggapan memandu kenderaan bersaiz lebih besar daripada kereta atau kenderaan utiliti sukan (SUV) lebih kepada fungsi jentera itu sendiri. 

Kesempatan ditawarkan UMW Toyota Motor Sdn Bhd untuk memandu uji model SUV Toyota Fortuner dipertingkatkan dengan sentuhan pakej TRD Sportivo sangat mengujakan. Peluang digunakan penulis untuk pulang ke Kelantan dengan jarak perjalanan melebihi 1,000 kilometer (km). 

Lebih menarik jentera ditawarkan adalah varian 2.4L VRZ 4X4 berkuasa turbo diesel yang sangat bertenaga. Sebelum ini, penulis sudah memandu uji model Fortuner dengan spesifikasi sama tetapi dijana enjin petrol, juga untuk perjalanan jauh ke utara tanah air. Pandu uji kali ini membolehkan penulis membuat perbandingan antara dua varian ini terutama berkaitan penggunaan bahan api.

Ciri luaran

Pertama, tiada banyak beza ciri luaran varian diesel yang didatangkan dengan perumah lampu hadapan projektor Bi-LED sangat membantu ketika perjalanan waktu malam. Untuk siang hari, lampu nyalaan siang (DRL) memastikan kenderaan mudah dilihat pengguna jalan raya lain. Gril hadapan hitam sentuhan TRD Sportivo menambahkan lagi ketampanan jentera ini.

Bukan itu sahaja, jalur grafik pada sisi kenderaan menampilkan wajah sporty. Selain lampu hadapan LED, lampu belakang juga turut menggunakan teknologi sama menjadikannya lebih cerah dan eksklusif berbanding penggunaan mentol biasa.

Lampu kecil di bawah cermin sisi pula membolehkan pemandu atau penumpang hadapan turun daripada kenderaan dengan selamat. Padanan rim aloy 18 inci menjadikan Fortuner kelihatan lebih maskulin dan bergaya. RIM 18 inci tampak gagah.

Ciri dalaman

Ruang dalamannya pula serba premium apabila semua tujuh tempat duduk disulam dengan balutan kulit. Untuk pemandu, lapan tetapan kerusi untuk lebih selesa, ditambah pula padanan meter Optitron lengkap dengan paparan pelbagai info (MID).

Sistem hiburan juga tidak mengecewakan apabila didatangkan dengan skrin sesentuh bersaiz lapan inci bersama MP3, port USB, Bluetooth, navigasi dan kamera undur. Bagi varian ini, terdapat monitor pandangan panoramik (PVM) membolehkan pemandu melihat keseluruhan kenderaan pada sudut 360 darjah.

Sesuai dengan imejnya sebagai utiliti sukan, dua ruang penyimpanan bertutup di papan pemuka selain perehat tangan memastikan barangan berharga terlindung daripada penglihatan penjenayah. Penyaman udara automatik untuk penumpang barisan kedua dan ketiga menjadikan setiap perjalanan lebih selesa.

Kini, setiap model Toyota didatangkan bersama perakam video digital (DVR) yang membolehkan pemandu merakam setiap situasi jalan raya.

Prestasi enjin 

Memandu SUV berkuasa diesel terutama bersaiz penuh sangat berbeza dengan jentera kapasiti sama menggunakan enjin petrol. Model ini dijana enjin empat silinder 2,393cc 16 injap DOHC Intercooler VNT Diesel menghasilkan 150PS pada 3,400rpm manakala daya kilas maksimum 400Nm pada 1,600 hingga 2,000rpm.

Dengan tujuh penumpang bersama beg masing-masing, tiada masalah bagi Fortuner mengharungi laluan berbukit sepanjang Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) selain memecut di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2). Jika memandu ke Kelantan, kesesakan pasti tidak dapat dielakkan ketika menghampiri Genting Sempah manakala laluan LPT 2 yang beralun menguji keupayaan Fortuner. 

Ternyata tiada sebarang masalah jentera ini mengharungi kedua-dua situasi apabila daya tujahan mencukupi ketika mendaki bukit pada kelajuan rendah selain Kawalan Bantuan Mula Mendaki (HAC) memastikan kenderaan tidak mengundur.

Sistem gantungan 

Independent Double Wishbone with Coil Spring & Stabiliser pada roda depan manakala 4-link Coil Spring with Lateral Control Rod & Stabiliser di belakang beraksi cemerlang menyerap segala hentakan ketika menyusuri LPT 2. Mengejutkan apabila tangki bahan api sebesar 80 liter masih berbaki sebaik tiba di Kota Bharu, Kelantan.

Sepanjang memandu uji, penulis tidak menghadapi masalah apabila sistem kemasukan pintar dan penghidup enjin tanpa kunci tidak memerlukan penulis menyeluk saku setiap kali menghampiri kenderaan.

Barangan juga mudah diletakkan apabila bukaan but belakang berciri kawalan automatik. Ketika pulang ke ibu kota, laluan Gua Musang-Kuala Lumpur menjadi pilihan dan pemanduan lebih menyeronokkan apabila model ini didatangkan bersama pedal shift membolehkan penulis menukar transmisi automatik enam kelajuan kepada mod manual.

Ciri keselamatan 

Oleh kerana Fortuner jentera lasak dan premium, Toyota tidak pernah berkompromi terhadap aspek keselamatan, tambahan pula SUV ini mampu membawa tujuh penumpang pada satu masa.

Model ini didatangkan dengan tujuh beg udara, Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Bantuan Menurun Bukit (DAC), Lampu Berhenti Kecemasan (ESS) dan Trailer Sway Control (TSC) yang membantu pemandu mengawal enjin ketika berlaku kecemasan.

Melalui semua ciri ini, tidak hairan Fortuner menerima penarafan lima bintang terhadap ujian pelanggaran ASEAN-NCAP. Keseluruhannya, Toyota Fortuner 2.4L VRZ 4X4 Diesel adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mahukan SUV bersaiz besar dengan penjimatan bahan api terbaik. Pakej TRD Sportivo adalah pilihan bagi mereka yang mahukan kelainan. RUANG penyimpanan barang luas.

TOYOTA FORTUNER 2.4L VRZ 4X4 DIESEL

• ENJIN: 2GD-FTV 2,393cc 16 injap DOHC Intercooler VNT
• BAHAN API: Diesel
• TRANSMISI: Automatik enam kelajuan dengan pedal shift
• KUASA MAKSIMUM: 150PS @ 3,400rpm
• TORK MAKSIMUM: 400Nm @ 1,600-2,000rpm.
• SISTEM KESELAMATAN: ABS, BA, VSC, DAC, ESS, TSC, ISOFIX, A-TRC
• HARGA: RM195,800 (tanpa insurans) tambahan RM4,982 untuk pakej TRD Sportivo

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Goc8WA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.