Hi! Welcome Back and Stay Tune! TPM Ingin Mencadangkan Kepada Kabinet Supaya Google Dan Facebook Dikenakan Cukai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TPM Ingin Mencadangkan Kepada Kabinet Supaya Google Dan Facebook Dikenakan Cukai

Google dan Facebook merupakan antara nama gergasi dalam arena teknologi seluruh dunia. Kedua-duanya menjana pendapatan melalui pengiklanan digital – dimana mengikut beberapa laporan sebelum ini, ia dikatakan Google dan Facebook mengawal hampir 70% daripada perbelanjaan iklan digital di Malaysia.

Namun, ia boleh dikatakan agak mendukacitakan kerana kedua-duanya tidak membayar cukai di Malaysia disebabkan kaedah operasi syarikat internet.

Terkini, ia dikatakan yang mana Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ingin membawa cadangan kepada Kabinet supaya Google dan Facebook dikenakan cukai pada masa depan.

Untuk makluman, cukai ini adalah untuk syarikat – dan ia bukan sesuatu yang asing dalam arena perniagaan. Seperti semua sedia maklum, semua syarikat tidak terlepas daripada keperluaan membayar cukai. Walaupun syarikat gergasi seperti Google dan Facebook mempunyai pejabat di Malaysia – namun transaksi tidak melalui pejabat berkenaan, membuatkan mereka terlepas daripada membayar cukai di Malaysia.

Dengan jutaan pengguna Facebook dan Google di Malaysia, dan kedua-dua syarikat sendiri menjana jutaan ringgit melalui pengguna tempatan – kerajaan semestinya tidak ingin kehilangan pendapatan melalui pencukaian.

Sebelum ini sendiri, Indonesia turut telah hadir dengan cadangan yang lebih kurang sama supaya kedua-dua syarikat gergasi tempatan ini membayar cukai di Indonesia, dan telah mencapai kata sepakat dengan Google pada 2016 lepas.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai cadangan TPM ini secara rasminya esok.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2p4EQ74

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.