Hi! Welcome Back and Stay Tune! Imej Pengolokan Rasmi Untuk Huawei P20 Pro, P20 Dan P20 Lite Tertiris Sepenuhnya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Imej Pengolokan Rasmi Untuk Huawei P20 Pro, P20 Dan P20 Lite Tertiris Sepenuhnya

Tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum kesemua peranti di dalam keluarga Huawei P20 dilancarkan. Sebelum ini imej pengolokan rasmi dari hadapan dan belakang telah tertiris awal. Hari ini imej pengolokan rasmi dari pelbagai sudut pula tertiris sepenuhnya untuk Huawei P20 Pro. P2, dan P20 Lite.

Huawei P20 Pro ialah model berspesifikasi tertinggi dengan sistem tri-kamera pada bahagian belakang. Lensa kamera ketiga dipercayai menyokong sistem zoom optikal hibrid sehingga 3X. Peranti ini bakal dilengkapi bateri sebesar 4000 mAh dan skrin OLED.  Imej pengolokan di atas ialah pilihan warna Twilight yang merupakan gabungan warna ungu dan hijau. Lensa kamera nampaknya terkeluar dari tubuh tidak seperti Huawei P10 tahun lalu.

Huawei P20 pula mempunyai rekaan yang sama seperti P20 Pro cuma tiada lagi sistem tri-kamera Leica yang digantikan dengan dwi-kamera Leica. Bateri mengecil ke 3400 mAh dan skrin sekadar berteknologi LCD. Pengimbas cap jari masih lagi di dagu dengan lensa kamera terkeluar dari tubuh.

Akhir sekali ialah Huawei P20 Lite yang juga dilengkapi skrin bertakuk. Perbezaan paling ketara ialah pengimbas cap jari pada panel belakang dan tiada penjenamaan Leica pada kamera yang digunakan. Kemasan P20 Lite ini mengingatkan kami kepada Honor 8 Pro yang dilancarkan pada tahun 2017.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FDcWpg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.