Terkejut! Nelayan Temui Ikan 'Gergasi Misteri' Seberat 150kg & Berukuran 2 Meter Terdampar Di Tepi Pantai!
IKAN misteri telah ditemui di selatan Queensland. Berukuran dua meter panjang dan berat kira-kira 150 kilogram, ia adalah lebih dari ukuran seekor panda dewasa.
John dan Riley Lindholm menjumpai ikan itu ketika mereka berjalan-jalan di pantai Moore Park di Bundaberg.
Walaupun Lindholm adalah seorang nelayan yang telah bekerja di atas kapal sepanjang hidupnya, dia tetap tidak dapat menentukan jenis ikan yang ditemuinya itu, menyebutnya sebagai salah satu perkara paling luar biasa yang pernah ditemuinya.
"Saya telah lihat banyak jenis ikan dan banyak jenis ikan besar, tetapi saya tak pernah tengok mana-mana ikan seperti ini.
"Saya telah tengok ikan paus terdampar di pantai tetapi saiz dan jenis ikan ini, buat saya terkejut."
Bagaimana ikan itu terdampar di pantai masih misteri, tetapi Lindholm mengesyaki ia telah mencapai hujung jangka hayatnya, kerana tidak mengalami kecederaan fizikal untuk menganggap ia mati akibat terkena bot.
Peronda Bot dan Perikanan Queensland berunding dengan pakar-pakar di Muzium Queensland untuk mengenal pasti spesies ikan itu. -Indy100
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FKptub
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment