Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wasap Vape Didapati Mengandungi Kepekatan Logam Toksik Yang Sama Seperti Rokok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wasap Vape Didapati Mengandungi Kepekatan Logam Toksik Yang Sama Seperti Rokok

Dua tahun yang lalu penggunaan vape mula popular di negara kita. Antara alasan popular digunakan oleh penghisap vape ialah rokok elektronik mereka ini lebih selamat jika dibandingkan dengan menghisap rokok. Penjualan vape kini tidak setinggi dahulu selepas fatwa pengharaman telah dikeluarkan dan begitu juga halangan jualan di beberapa negeri.

Ramai pengguna vape mengatakan halangan yang dikeluarkan tidak munasabah kerana rokok terjual dengan meluas walaupun jauh lebih berbahaya. Kajian terbaru dari Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health mendapati pendapat ini adalah menyimpang dari fakta sains.

Sebanyak 56 jenis mesin vape telah diuji di dalam kajian ini. Analisa cecair vape yang digunakan tidak menemui peratusan logam toksik yang tinggi. Tetapi apabila ujian dilakukan ke atas wasap yang dihasilkan pula, mereka menemui kepekatan yang tinggi logam toksik kromium, nikel dan kadmium. Malahan kepekatan yang disukat adalah lebih tinggi berbanding yang ditemui pada rokok. Kepekatan plumbum pula sama seperti rokok.

Sumber logam ini adalah pada elemen pemanas di dalam vape. Ia lebih tinggi pada vape yang baru berbanding yang sudah agak lama digunakan. Pengguna vape yang kerap menukar elemen pemanas terdedah kepada kepekatan logam toksik yang lebih tinggi.

Banyak kajian sedang dilakukan ke atas vape bagi melihat kesan jangka panjangya terhadap tubuh manusia. Pada awal kurun ke-20, rokok pernah diiklankan sebagai baik untuk kesihatan dengan rokok disarankan oleh sesetengah doktor untuk penyakit seperti lelah. Tetapi selepas kajian dilakukan dengan lebih teliti, jelas sekali rokok menyebabkan kanser. Adakah penemuan terbaru mengenai vape ini akan membuatkan anda berhentikan dari menggunakannya?



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FE0NR3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.