Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kaki Busuk Punca Tertangkap - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kaki Busuk Punca Tertangkap



Bau kaki terlalu busuk ‘mengkhianati’ seorang perompak kerana menyebabkan dia dikesan pemilik rumah di bandar Lintou, wilayah Guangdong, China, yang dipecah masuk sebelum ditahan polis. 

Menurut laporan media China, lelaki itu berusaha mengelak meninggalkan kesan dan bukti sebelum memecah rumah berkenaan, termasuk menanggalkan kasutnya kerana tidak mahu meninggalkan kesan tapak.

Dalam kejadian hujung minggu lalu, lelaki itu kemudian menyelongkar rumah berkenaan bagi mencari barang berharga. South China Morning Post melaporkan, ketika sibuk menggeledah, pemilik rumah berkenaan pulang menyebabkan perompak terbabit bergegas lari menyembunyikan diri di bawah katil.

Namun, bau kakinya yang terlalu busuk menimbulkan rasa curiga pemilik rumah lalu berusaha mencari puncanya sebelum menemui lelaki berkenaan di bawah katil. Lelaki berasal dari daerah Hanshan, wilayah Anhui itu melarikan diri, namun berjaya ditahan polis di rumahnya.

Menurut laporan Kankannews.com, suspek yang tidak didedahkan identiti itu dikatakan penjenayah biasa yang mahir memecah rumah dan dia ditahan beberapa jam selepas kejadian.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tGOlyb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.