PPM Sandakan Rampas Ubat Dan Kosmetik Tiada Sijil KKM
Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohd Yazib Abd Aziz berkata kesemua barangan tersebut ditemui di dalam lori dipandu wanita itu yang diperiksa oleh anggota Unit Risik PPM Sandakan selepas keluar dari Pelabuhan Sandakan pada 1.30 pagi.
Katanya siasatan awal mendapati barangan ubat-ubatan dan kosmetik tersebut dipercayai dibawa masuk melalui feri dari Zamboanga, Filipina.
Antara barangan yang dirampas yang tiada sijil KKM dan Farmasi adalah 51 botol Vitamin B, 260 kotak vitamin Bexan XP dan 67 kotak pil Derby, katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya kesalahan itu dilakukan di bawah Akta Farmasi 1951 dan akan dirujuk kepada Cawangan Farmasi Jabatan Kesihatan Sandakan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tGNDkv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment