Hi! Welcome Back and Stay Tune! Transformasi Kimono - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Transformasi Kimono



Enam puluh minit masa diperlukan untuk mengenakan busana tradisional negara matahari terbit, kimono membuktikan keunikan kebudayaan dan ketinggian nilai estetika masyarakat Jepun. 

Berbentuk abjad T dengan potongan kain lurus mencecah ke pergelangan kaki dan rekaan lengan yang panjang serta lebar, pakaian tradisional kebanggaan Jepun ini diperkenalkan sejak era Heian (794 Masihi hingga 1192 Masihi) ini dihasilkan daripada material sutera.

Penghasilan kimono juga dianggap karya seni halus hebat kerana ia memerlukan kemahiran luar biasa, malah busana ini turut menjadi simbolik kesantunan dan tingkah laku yang baik. Sempurna digayakan bersama sepatu klasik, zori atau zeta, masa depan kimono juga seperti pakaian tradisional bangsa lain apabila ia bukan lagi menjadi pilihan harian sebaliknya khusus sempena keraian.

Bagi mengekalkan identiti bangsa, masyarakat mempunyai pilihan apabila yukata, hasil transformasi kimono diperkenalkan dengan gaya lebih santai serta mudah digayakan secara rutin. Ketua Pegawai Eksekutif Nakakoma Orimono, Kazuno Nakajima mengakui kimono tradisional sangat berat untuk dipakai kerana lapisannya banyak dan sukar dibasuh.

“Oleh kerana faktor ini, semakin kurang generasi hari ini mengenakan kimono dalam aktiviti harian, sebaliknya memilih yukata yang jauh lebih mudah. Fenomena ini turut membuatkan kimono tampak eksklusif dan dijadikan busana formal bagi majlis tertentu antaranya perkahwinan, kematian, festival agama dan budaya.

“Seperti ‘uchikake’, ia kimono yang sangat formal dan dipakai oleh pengantin ketika majlis perkahwinan. Selalunya ia berwarna putih atau berwarna-warni tetapi rona merah menjadi warna utama.

“Kebanyakan kimono bermotifkan alam seperti burung merak, sungai, bungaan, pohonan dan awan yang melambangkan keindahan dan kehidupan masa depan lebih baik.

“Pemakaian kimono dalam masyarakat Jepun dimulakan seawal usia tiga tahun diikuti lima dan tujuh tahun sempena kelahiran, kemudian pada usia 20 tahun simbolik memasuki fasa dewasa. Selalunya kimono ini jarang dibeli sendiri kerana ia dihadiahkan oleh ibu bapa atau ahli keluarga,” jelasnya ketika Seminar Kostum Tradisional Jepun di Muzium Tekstil Negara, baru-baru ini.

Sebagai pakar kimono yang menyokong konsep budaya berpakaian, Kazuno memperkenalkan kimono berevolusi daripada ‘satu helai atau bahagian kepada dua bahagian. Meskipun begitu, insiatifnya mendapat tentangan daripada masyarakat Jepun terutama generasi yang berpegang kukuh pada seni kebudayaan asal.

“Kimono adalah satu set pakaian, tetapi saya memodenkan kimono dengan memotongnya kepada dua bahagian, iaitu baju dan kain. Pandangan saya, pakaian seharusnya lebih mudah dipakai, oleh itu kesinambungannya berterusan dalam kalangan generasi muda,” jelasnya.

Menyifatkan Malaysia dan Jepun memiliki persamaan dalam budaya pakaian, Kazuno berkata, batik Malaysia mempunyai rekaan dan motif serupa dengan kimono iaitu flora. Bertukar kebudayaan, beliau tidak menolak kemungkinan dua budaya boleh digabungkan sekiranya pereka fesyen mampu menghasilkan yukata batik.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tDddqM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.