Rekaan Dron Mengisi Minyak Di Udara Boeing MQ-25 Stingray Diperlihatkan
Imej acah dron Boeing MQ-25 Stingray diperlihatkan beberapa bulan yang lalu. Berbeza dari dron-dron lain di dalam inventori tentera Amerika Syarikat, MQ-25 direka untuk tujuan yang berbeza. Ia bakal digunakan sebagai dron mengisi minyak untuk pesawat pejuang yang beroperasi dari kapal pengangkut pesawat.
Boeing MQ-25 ini ialah salah sebuah dari tiga dron yang bersaing di dalam program Unmanned Carrier Aviation Air System (UCAAS). Dua lagi dron dibangunkan General Atomics Sea dan Lockheed Martin Skunk Works. Ia bakal mengambil alih tugas mengisi minyak di udara yang kini dilakukan oleh pesawat FA-18 Super Hornet. Tiada maklumat mengenai saiz dron ini dikongsi tetapi di mampu membawa 14,000 pound minyak dan melakukan misi dalam lingkungan 500 batu nautika dari kapal pengangkut pesawat.
Dron ini bukan sahaja mempunyai kemampuan swaterbang untuk mengisi minyak tetapi turut beroperasi secara automatik ketika di atas geladak kapal. Ia mampu mengenali susun atur geladak serta arahan tangan yang diberikan oleh krew. Pemenang pertandingan UCAAS ini akan menerima kontrak membina 72 dron dan dijangka memulakan operasi pada tahun 2026 kelak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2InhKAX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment