Guru Ini Kongsi Tips Agar Kanak-kanak Mudah Membaca Dengan Menggunakan Paip PVC.
SEORANG guru pendidikan khas berkongsi satu kaedah unik bagi memudahkan kanak-kanak membaca dengan lancar.
Menurut Norishah Jaafar, kaedah itu menggunakan paip PVC yang dipanggil ‘telefon bacaan’.
Ikuti perkongsian guru berkenaan di bawah:
Assalamualaikum..
Ini bukan idea asal saya. Saya sendiri dapat idea ini dari rakan-rakan guru pemulihan lain beberapa tahun lepas. Terima kasih kepada yang mencipta idea ini. Post ini sekadar untukk berkongsi ilmu.
Sedikit perkongsian untuk ibu bapa yang nak melatih anak-anak mengeja, membatang perkataan dan membaca seawal usia 5-6 tahun. Boleh pakai paip PVC yang kami guru pemulihan panggil telefon bacaan. Modal murah jer. Pergi kedai hardware minta dia potong ikut size anak dan beli PVC elbow tu 2pcs.
Bila ia diletakkan di telinga, anak membaca ia akan pantulkan bunyi ke telinga seperti telefon. Jadi apa yang dibaca oleh anak-anak akan lebih jelas didengar. Tak perlu lagi nak menjerit pada mereka. Cukup sekadar kita bimbing mereka eja dan baca, mereka ulang guna telefon ini. Apabila mereka dengar dengan jelas suara mereka sendiri di telinga maka konsep bacaan bacaan akan jadi lebih mudah.
Kaedah ni sangat bagus untuk anak yang sukar mengeja dan membatang perkataan serta membaca. Tak percaya? Cubalah dulu. Anak-anak memang akan suka main dengan “telefon” ini. Kami guru pemulihan ramai yang guna sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas.
Boleh guna kreativiti masing-masing untuk cat/hias bagi cantik. Kami ni tak sempat lagi nak menghias sebab murid ramai. Hehehe.
Boleh gunakan PVC pipe + elbow size 20mm. Lebih besar sikit. Panjangnya mesti ikut saiz anak dan mesti dekat dengan mulut macam gagang telefon tu. Sy biasa buat panjag 10cm-12cm.
*Sekiranya gusar/risau dengan risiko PVC kpd anak-anak tuan/puan boleh cuba menggunakan material lain yang lebih selamat. Untuk info ia hanya digunakan pada masa yang perlu sahaja bukan sepanjang masa dan setiap hari bg anak mengeja dan membaca guna telefon ni. Anak hanya bercakap dan mendengar balik menggunakannya pada masa yang singkat pada satu-satu waktu. Bila anak dah mahir tak perlu dah pakai ni.

✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FQZDoi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment