Mozilla Ingin Mengintegrasikan Penghalang Popup Dalam-Laman Pada Firefox
Mozilla Firefox sedia mengintegrasikan penghalang popup yang membuka tetingkap berasingan. Namun, dengan perkembangan web, kini terdapat sejumlah laman web yang mengintegrasikan popup dalam laman web yang dipaparkan apabila pengguna menatal sesuatu laman web.
Kebiasaannya, ia hadir pada laman e-dagang yang mengintegrasikan popup berbentuk promosi dengan memberikan emel, atau pada laman web umum yang ingin mengumpulkan alamat emel dan data pengguna.
Popup berbentuk seumpama ini boleh dikatakan agak kurang memberikan pengalaman pengguna yang baik – dan Mozilla kini dilihat ingin mengatasi masalah berkenaan.
Buat masa ini, Mozilla masih pada peringkat awal perancangan – dan berbeza dengan memberikan senarai laman khusus untuk mengatasi masalah berkenaan, Mozilla ingin pelayar web Firefox untuk mengenal-pastinya secara automatik dan menghalang paparan popup berkenaan.
Kita mungkin akan dapat mendengar lanjut mengenai integrasi ciri baru ini dalam versi Firefox akan datang.
Let's start the Firefox Nightly 61 cycle by helping Mozilla developers block in-page popups! https://t.co/uigADl9XtP
— Firefox Nightly (@FirefoxNightly) March 12, 2018
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2p9I5JK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment