Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Jadi Negara Gagal Kalau Ikut Manifesto Harapan Palsu Pembangkang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Jadi Negara Gagal Kalau Ikut Manifesto Harapan Palsu Pembangkang



Pembangkang hanya mementingkan populis dalam manifesto mereka. Angka tiada, anggaran tiada, malah banyak yang diceduk dan ditiru dari apa yang telah kerajaan BN sudah laksanakan. Bila tiada anggaran hasil, manifesto yang dibuat itu menjadi tidak seimbang. Hendak mansuh macam macam tetapi tidak fikir duit dari mana hendak tampung kekurangan hasil.

Malaysia akan hilang hasil sejumlah RM416.6 billion jika GST, tol, duti eksais dan PTPTN dimansuhkan. Itu anggaran hasil yang akan hilang menurut Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara. Pemansuhan GST akan menghilangkan RM45 billion, tol sebanyak RM338 billion, duti eksais RM2.4 billion dan PTPTN RM3.9 billion.

Malaysia akan jadi negara defisit jika diikutkan manifesto populis yang dibuat pembangkang itu. "Kalau pembangkang kata hendak menghapuskan GST untuk digantikan dengan SST, itu tipu. Kalau tidak dapat hasil RM45 billion, negara akan menjadi negara defisit"

"Kita tahu bahawa hutang negara kian menguncup tetapi kalau hasil itu tiada, hutang negara akan meningkat dan menjadi seperti di Greece" kata Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika berucap di Putrajaya semalam.

Banyak kali Mahathir, Kit Siang dan pemimpin pembangkang meramal dan mahu Malaysia menjadi negara gagal dan bankrap. Berulang kali pembangkang tuduh Malaysia hendak bankrup. Pada 11 September 2016, Mahathir kata “Malaysia akan muflis seperti Argentina”.

Pada 17 Ogos 2015, Mahathir kata “Ekonomi Malaysia akan jatuh teruk”. Pada 26 Ogos 2015, Tun Daim berkata “Malaysia akan bankrap Disember ini”. Pada 3 September 2015, Tun Daim kata “Satu malapetaka ekonomi sedang dihadapi Malaysia”. Pada 31 Disember 2015, Mahathir kata “Malaysia akan bankrap”.

Semua ramalan ini tidak menjadi, malah IMF, Bank Dunia dan institusi kewangan antarabangsa terus memuji cara pengurusan ekonomi Malaysia. Negeri yang diperintah pembangkang iaitu Selangor dan Pulau Pinang yang gagal sebenarnya. Gagal uruskan semua isu isu rakyat. Banyak penyelewengan berlaku.

Ratusan juta duit rakyat lesap kerana skandal tanah Ijok dan terowong dasar laut. Uruskan dua negeri pun sudah gagal, bagaimana mahu urus 14 negeri di Malaysia? Janji dan manifesto pembangkang tidak boleh dipercayai. Dengan "pasangan" mereka dalam pembangkang dahulu iaitu PAS pun mereka curangi, lagikan kepada rakyat.

Sama sama ambil kuasa di Selangor dan Pulau Pinang, lepas dapat kuasa, tendang PAS begitu sahaja. Apa yang dijanji dahulu masa PRU12 dan PRU13 sudah dibakul sampahkan termasuklah Buku Jingga. Pembangkang akan bakul sampahkan sekali lagi manifesto yang baru dibuat ini suatu hari nanti.

Buat janji popular ala Venezuela, tetapi parti sendiri pun carca marba dan huru hara. Parti sendiri pun gagal diurus untuk buat mesyuarat cawangan dan menjaga kebajikan ahli ahli di bawah, bagaimana hendak tunai janji bulan dan bintang kepada rakyat?

Manifesto yang dibuat pembangkang penuh dengan sandiwara. Rakyat akan merana, masyarakat akan jadi sengsara. Duit tidak cukup, hendak mentadbir negara macam mana?

Beruang Biru
Isnin
12 Mac 2018

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tDdgms

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.