Pembantu Kantin Dibunuh Kekasih
Mayat wanita yang dikenali sebagai Gusnima, 38, dan bekerja di sebuah kantin sekolah dekat sini ditemui pada pukul 8.25 malam di tingkat satu sebuah apartmen di Bukit Jelutong. Mangsa yang berasal dari Medan, Indonesia mempunyai kesan tikaman iaitu 14 di leher, lima di belakang badan, empat di perut, tiga di rusuk kiri dan dua lagi di tengkuk.
Satu sumber polis memberitahu, mangsa berkenalan dengan kekasihnya yang bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat binaan dan perkhidmatan berusia 40 tahun menerusi aplikasi WeChat enam bulan lalu.
Kata sumber itu lagi, sepanjang perkenalan tersebut, mangsa dikatakan diminta untuk tinggal bersama suspek di rumah sewanya tiga kali seminggu. Suspek masih bujang dan menyewa rumah di pangsapuri itu empat tahun lalu manakala mangsa pula didakwa sudah bersuami di negara asalnya tetapi dalam proses untuk bercerai.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GmsUFs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment