Hi! Welcome Back and Stay Tune! IdolCam Ialah Kamera Yang Direka Untuk Vlogger Dengan Sistem Penstabilan Tiga Paksi Terbina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

IdolCam Ialah Kamera Yang Direka Untuk Vlogger Dengan Sistem Penstabilan Tiga Paksi Terbina

Kerjaya sebagai seorang vlogger kini sudah menjadi perkara biasa. Di Malaysia terdapat ramai vlogger menggunakan platform seperti YouTube dan Instagram untuk memasarkan produk yang ditaja. Oleh itu persaingan di antara vlogger semakin sengit dengan kandungan unik membezakan mereka dengan pesaing. Untuk itu kamera IdolCam telah dihasilkan bagi memudahkan proses penghasilan kandungan vlog yang berkualiti.

Kamera padat ini dilengkapi gimbal tiga paksi yang memastikan video yang diambil sentiasa stabil tanpa gegaran. Sebuah skrin LCD pada kamera boleh berpusing 180 darjah bagi membolehkan rakaman dilihat sendiri oleh pengguna. Terdapat sokongan lensa yang boleh ditukar serta dua jenis sistem lampu untuk rakaman pada waktu malam.

Dari segi spesifikasi, IdolCam dilengkapi sensor 23-Megapixel yang mampu merakam video pada tetapan 4K 30FPS. Pada bahagian bawah kamera terdapat cagak yang membolehkannya dipasang pada penghujung kayu swafoto. Bagi yang berminat IdolCam akan mengumpul dana secara biayasama menerusi laman KickStarter pada harga sekitar $350 (~RM 1367) sebuah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2HtAMo1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.