Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Mungkin Tidak Lagi Menggunakan Penamaan Bernombor Untuk iPhone Tahun Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Mungkin Tidak Lagi Menggunakan Penamaan Bernombor Untuk iPhone Tahun Ini

Telefon pintar iPhone sudah berada di pasaran lebih sedekad. Model terkini mereka menggunakan penamaan iPhone X dan melangkau terus penggunaan nama iPhone 9. Menurut penganalisa dari firma Guggenheim, tahun ini Apple akan meringkaskan penamaan iPhone sepertimana dilakukan kepada iPad sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

iPhone XiPhone 2018 yang menggunakan skrin LCD akan dijenamakan sebagai iPhone sahaja tanpa nombor. Versi dengan skrin OLED dan kemasan premium akan dijenamakan sebagai iPhone X. Dengan penamaan baru ini, pengguna dapat membezakan iPhone manakah yang lebih premium. Seperti kami laporkan sebelum ini, Apple akan melancarkan tiga model iPhone tahun ini dengan dua menggunakan skrin OLED dan satu dengan skrin LCD.

Penggunaan nombor pada iPad dihentikan dengan pelancaran iPad (2012) sebelum bertukar kepada iPad Air dan kini kembali semula kepada iPad. Diharap penjenamaan semula iPhone tidak mendatangkan kekeliruan seperti yang berlaku kepada iPad.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HwTy2l

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.