Hi! Welcome Back and Stay Tune! Masih Belum Terlambat Untuk Kembali Ke Pangkal Jalan – TPM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Masih Belum Terlambat Untuk Kembali Ke Pangkal Jalan – TPM





Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pemimpin Barisan Nasional (BN) yang tidak dicalonkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) supaya kembali ke pangkal jalan menyokong parti demi mencapai kemenangan.

Timbalan Perdana Menteri berkata masih belum terlambat untuk mereka menoleh ke belakang dan kembali kepada parti sebelum hari penamaan calon, Sabtu ini.

“Masih belum terlambat, daripada sekarang hingga 28 haribulan ini (Sabtu) untuk kita melihat semula ke belakang.

“Mungkin kita sedang marah, mungkin kita sedang digoda, mungkin sedang terhimpit, maka, kita membuat keputusan yang tidak memihak kepada kebenaran diri kita,” kata Timbalan Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Muafakat Pemimpin Bersama Rakyat dan Pecah Tanah Dewan Muafakat Rengit, di Kampung Parit Tengah, Rengit, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit Ayub Jamil.

Ahmad Zahid berkata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa berlapang dada dan berjiwa besar untuk menerima semula pemimpin berkenaan untuk kembali ke ‘pangkal jalan’.

Menurut beliau, di dalam politik, seseorang pemimpin itu perlu mempunyai tiga elemen untuk menjadi seorang pemimpin hebat iaitu memiliki daya tahan, daya juang dan daya saing, namun, kehebatan itu tidak sekadar dibaluti tiga elemen berkenaan kerana ia perlu disertai percaya kepada ketentuan Tuhan dan reda.

Menurut Ahmad Zahid, jika diikutkan rasa marah dan merajuk, beliau juga tentunya meninggalkan UMNO apabila dikenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada suatu masa dahulu, namun, tidak berbuat demikian kerana memiliki jiwa yang kental terhadap parti.

“Saya juga ingin ingatkan diri saya, sebab saya sudah melalui pelbagai ujian. Terimalah hakikat (jika tidak dipilih sebagai calon).

“Saya tidak menujukan hal ini kepada sesiapa tetapi ingatlah Allah sentiasa menguji hambanya yang disayangi dan kita tidak tahu apa hikmah yang Allah turunkan selepas ujian itu,” katanya.

Menteri Dalam Negeri itu berkata setiap pemimpin juga perlu membuktikan prinsip wala’ yang sebelum ini sentiasa diberi keutamaan oleh pemimpin parti termasuk soal pemilihan calon.

“Bagi saya, kalau kita wala’ apa yang diputuskan oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dimuktamadkan Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) tentu ada rasional dan sandaran mengapa seseorang itu dipilih,” katanya.

Katanya BN mahu calon di negeri ini menang besar bagi menyumbang kepada pembentukan kerajaan negeri dan atas sebab itu BN mencari calon yang berpotensi menang besar pada PRU14.

“Menerusi kajian secara bebas, bukan meletakkan siapa pemimpin dikehendaki, tetapi yang rakyat kehendaki. Insya-Allah boleh menang.

“Tapi saya (ada pemimpin) rasa diri saya (diri dia) patut menang dan patut bertanding, itu adalah kajian syok sendiri nama dia,” katanya.

Kepada jentera BN khususnya di Parlimen Batu Pahat, Timbalan Pengerusi BN itu mengingatkan mereka supaya memantapkan gerak kerja di Pusat Daerah Mengundi dan mengenepikan titik bengik serta perbezaan pendapat dalam merampas kembali kerusi Parlimen itu yang tewas kepada PKR pada PRU13.

Menurut Ahmad Zahid, usaha pemimpin dan jentera yang sudah menjalani beberapa kursus termasuk kursus Get Out The Voters tidak bermakna sekiranya pemimpin dan jentera tidak memiliki roh dalam kepimpinan.

Beliau berkata langkah beliau turun padang ke mana-mana Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), bukan mahu mencampuri urusan sebaliknya bertindak turun padang.

“Macam (seperti) Johor kerana kita bukan saja hormat Sultan Johor (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) tetapi kepimpinan Johor yang mahu membawa Johor sebagai sebuah negeri berkemajuan.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KgQuF8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.