(VIDEO) ‘Cemas! 3 Orang Penumpang Terkena Tingkap Pesawat Tercabut Di Paras Lebih 6,000 Meter...
NEW DELHI: Pergolakan udara melampau yang berlarutan hingga 15 minit mengakibtkan tiga penumpang pesawat Air India cedera.
Insiden yang berlaku ketika pesawat sedang naik dari ketinggian 2,438 meter (m) ke 6,400 m itu mengakibtkan panel tingkap tercabut.
Times of India melaporkan kejadian itu berlaku ketika pesawat AI 462 dari Amritsar ke New Delhi.
"Pergolakan udara itu menyebabkan panel tingkap berhampiran tempat duduk 18-A tercabut secara tiba-tiba, namun ia tidak menyebabkan tekanan pada kabin kerana tingkap bahagian luar tidak pecah," jelas laporan itu.
Rakaman video di Twitter menunjukkan kru kabin cuba memasang semula tingkap terbabit.
Seorang penumpang yang tidak memakai tali pinggang mengalami kecederaan pada kepalanya, manakala dua lagi cedera ringan.
Kesemua mereka dirawat di hospital sejurus pesawat mendarat di New Delhi.
Dua hari sebelum insiden itu, pesawat Southwest Airlines yang membawa 149 penumpang meletup di udara dan meragut satu nyawa selepas mangsa hampir disedut keluar dari tingkap yang pecah. - CNA
VIDEO:
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2r58MRJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment