Xiaomi Mi Pad 4 Mungkin Akan Hadir Dengan Cip Pemproses Snapdragon 660
Mi Pad adalah jawapan Xiaomi kepada Apple iPad Mini. Ia adalah tablet Android bersaiz kompak dan tampak premium. Walau bagaimanapun, sambutan kepada Mi Pad ini kurang memuaskan kerana jenis pemproses yang digunakannya. Tahun ini, Xiaomi mungkin akan mencuba sekali lagi dalam arena tablet dengan Mi Pad 4 yang dijana dengan cip yang lebih baik iaitu Snapdragon 660.
Kewujudan “Mi Pad 4” ditemui oleh @funkyHuawei di dalam barisan kod firmware MIUI terkini. Spesifikasi lain yang ditemui adalah tablet ini akan menggunakan skrin nisbah 18:9, kamera utama 13-Megapixel f/2.0 di bahagian belakang dan 5MP f/2.0 di hadapan dengan sokongan mod potret. Tablet ini juga dikatakan bakal menggunakan bateri sebesar 6000 mAh dan menggunakan Android 8.1 Oreo.
Jika benar skrin tablet ini menggunakan nisbah 18:9 sudah pasti rekaannya adalah memanjang dan kelihatan pelik. Untuk maklumat lanjut, sama-sama kita nantikan pengumuman daripada Xiaomi di masa akan datang.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2I2X15H
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment