Hi! Welcome Back and Stay Tune! PRU14: Aura Hanifah Mampu Beri Kemenangan Kepada BN Di Mukah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PRU14: Aura Hanifah Mampu Beri Kemenangan Kepada BN Di Mukah


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi percaya penglibatan Datuk Hanifah Hajar Taib dalam pelbagi organisasi bukan kerajaan (NGO) akan memberi kelebihan untuk melakar kemenangan di Parlimen Mukah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Selasa lepas, Ketua Menteri selaku Pengerusi BN Negeri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan Hanifah sebagai calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Mukah bagi menggantikan Tan Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Leo menang dengan majoriti 12,764 undi mengalahkan Hai Merawin (DAP) dan Sylvester Ajah (Bebas).

Menurut Yakub lagi, Hanifah mempunyai pengaruh dan skil peribadi tinggi untuk menang pilihan raya kali ini.

"Pengalaman dengan NGO tempatan dan antarabangsa akan membantu beliau (Hanifah) dalam menjalankan tugas sebagai ahli parlimen," katanya.

Beliau menggesa pengundi di kawasannya selain Dalat dan Telian memberi sokongan padu kepada Hanifah.

"Kita di peringkat akar umbi akan bekerja keras dan memastikan BN menang pada PRU14 termasuk di Mukah," ujarnya.-Sarawakiana







✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2r2MVui

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.