Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kisah Rompakan Berbeza - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kisah Rompakan Berbeza



Kerjaya seni Carlito Olivera bermula pada 2007 dengan menganggotai kumpulan Menudo. Bagaimanapun, langkahnya dalam bidang muzik terhenti apabila mereka membawa haluan masing-masing pada 2009. Mencintai dunia seni, Olivera kemudian mencuba nasib sebagai pelakon pada 2012 dengan membintangi filem Rizzoli & Isles. 

Tahun ini, Olivera turut membintangi naskhah Bad Samaritan memegang watak sebagai Derek Sandoval. Katanya, dia tertarik untuk menerima tawaran berlakon dalam filem berkenaan kerana skrip yang santai dan jalan cerita berbeza daripada kisah rompakan yang pernah ditayangkan sebelum ini.

“Saya menerima tawaran untuk berlakon dalam Bad Samaritan kerana skrip. Ia sangat santai dan tidak kekok ketika diucapkan. Skrip berkenaan jelas menceritakan naratif itu.

“Kisah rompakan yang ditonjolkan juga berbeza daripada yang pernah ditayangkan sebelum ini. Ia agak menarik kerana perompak dalam filem itu bukanlah dalang sebenar dan mereka hanya sekadar mengambil benda kecil,” katanya.

Turut berganding dengan David Tennant, jejaka berusia 30 tahun itu berkobar-kobar untuk melakukan yang terbaik. Tambahan pula gandingannya adalah pelakon berpengalaman. Setiap kali perkataan ‘action’ kedengaran, Olivera tidak mempunyai pilihan selain menzahirkan wataknya dengan sempurna.

Mengakui dihantui rasa gemuruh, dia bagaimanapun tidak mahu dikuasai perasaan itu. “Melihat Tennat berlatih, saya rasa gementar kerana dia pelakon hebat dan berpengalaman. Namun, apa pilihan yang saya ada? Saya perlu melakonkan watak ini dengan baik.

“Setiap kali terdengar jeritan ‘action’ keluar dari mulut pengarah, saya terus mengubah karakter tanpa memikirkan perkara lain. Saya dipilih melakonkan watak itu maka kenalah yakin supaya dapat merealisasikan watak dengan jayanya,” kata Olivera.

Ada babak dalam filem itu menjalani penggambaran di Portland, Amerika Syarikat. Cuaca sejuk menimbulkan ketidakselesaan bukan hanya pada kru tetapi juga pelakon. Berkongsi pengalaman sepanjang berada di sana, Olivera berkata, mereka berhadapan lima jenis ribut dan bekerja keras menyelesaikan penggambaran dalam tempoh ditetapkan.

“Dalam setiap penggambaran filem aksi, kecederaan adalah perkara biasa. Saya yakin pengarah, kru dan produksi sudah mengambil langkah keselamatan sebelum memulakan penggambaran. Ketika penggambaran, suhu berada pada paras negatif. Semua orang menggigil kesejukan. Kami juga berhadapan masalah cuaca namun penggambaran perlu dijalankan.

“Saya rasa cuaca di Portland membantu menjiwai watak dengan baik. Saya melakukan bersungguh-sungguh kerana mahu cepat-cepat masuk ke dalam rumah tumpangan yang dilengkapi pemanas udara,” katanya.

Sementara itu, pengarah Bad Samaritan iaitu Dean Devlin berkata, ini kali pertama dia mengarahkan karya genre itu. Bagaimanapun, penulis skrip, Brandon Boyce memberikan kebenaran kepada Devlin untuk membaca skrip berkenaan.

“Brandon membuat kesilapan besar. Dia membenarkan saya membaca skrip. Bagi saya, skrip yang ditulisnya sangat menarik. Oleh itu, saya terus suarakan keinginan untuk mengarah filem ini. Saya jatuh cinta dengan jalan ceritanya. Walaupun kali pertama, saya gembira kerana dapat mengarahkan filem yang memaparkan naratif berbeza.

“Garapan itu sangat menarik dan asli. Ia memberikan saya cabaran dan pengalaman baru untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini,” kata Devlin.

Filem Bad Samaritan bakal ditayangkan pada 3 Mei depan. Ia mengisahkan dua pemuda yang bekerja sebagai valet di sebuah restoran. Mereka merancang merompak rumah pelanggan yang sedang menikmati hidangan di restoran itu.

Bagaimanapun, keadaan bertukar kucar-kacir apabila seorang daripada perompak itu tersilap merompak pelanggan. Dia pergi ke rumah itu namun mendapati ada seorang wanita yang dikurung. Bimbang ditangkap, dia meninggalkan wanita itu di sana. Bagaimanapun, dia rasa bersalah lalu menghubungi polis.

Namun, hasil pemeriksaan wanita itu tidak berada di rumah itu lagi. Penculik itu nekad mahu membalas dendam.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HvJwhQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.