Kajian Terkini Menemui Peningkatan Risiko Kanser Dengan Penggunaan Lampu LED
Lampu LED adalah lebih mesra kepada alam sekitar kerana tahan lebih lama serta tidak menggunakan kuasa yang tinggi berbanding lampu yang menggunakan filamen. Tetapi menurut kajian terkini dari University of Exeter dan Barcelona Institute for Global Health menemui kaitan di antara risiko kanser dengan penggunaan lampu LED.
Kajian ke atas 4000 penduduk di 11 daerah Sepanyol mendapati risiko menghidap kanser prostat meningkat dua kali ganda dan risiko menghidap kanser payudara pula meningkat 1.5 kali ganda. Kesemua penduduk ini tinggal di kawasan yang menggunakan lampu jalan dengan mentol LED.
Lampu LED memancarkan cahaya biru (blue light) yang didapati menrencatkan penghasilan hormon melatonin yang merupakan sebuah akti-oksida. Selain itu ia juga mengawal kitaran tidur dan bangun manusia. Kedua-dua kanser prostat dan payudara dipercayai berlaku akibat ketidakseimbangan hormon seperti melatonin di dalam tubuh. Oleh itu risiko kedua-dua kanser meningkat di kawasan yang menggunakan lampu jalan bermentol LED.
Pada waktu yang sama ia membuka Kotak Pandora tentang risiko penggunaan skrin LED pada telefon pintar, tablet dan LED. Umum diketahui kesemua peranti sekarang mempunyai mod penuras sinar biru terbina. Ia disertakan bagi menyelesaikan masalah gangguan tidur. Kini ia mungkin harus diaktifkan di waktu malam bagi mengurangkan risiko kanser kepada pengguna peranti.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2r0Abo2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment