Konflik Dalaman PKR Bukan Perkara Pelik – Khalid
Perbalahan di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pemilihan calon di Selangor bukan sesuatu yang pelik ujar bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dakwa beliau, isu sama turut berlaku pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) dan ketika itu keputusan siapa calon di Selangor ditentukan sepenuhnya oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Pada PRU-13, pergelutan sama telah berlaku tetapi pada ketika itu mungkin Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail belum begitu bersedia untuk membuat keputusan mengenai calon.
“Jadi, hanya Mohamed Azmin yang menentukan calon di Selangor. Malah, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri pun seperti tiada kekuatan untuk menyanggahnya,” katanya memetik laporan media.
Dalam pada itu, Abdul Khalid turut menempelak integriti beberapa calon PKR yang tetap bertanding pada PRU14, walaupun sedang disiasat pihak berkuasa.
“Sepatutnya asas yang digunakan pimpinan PKR adalah calon bersih dan berintegriti. PKR harus menunjukkan kepada rakyat calon dari PKR bukan sahaja melalui saringan dalaman parti tetapi turut mendapat pandangan dan pelepasan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Malangnya ini tidak dilakukan tetapi hanya menumpukan kepada menguatkan sokongan pihak yang dilihat bergelut dalam PKR. Bagaimana rakyat mahu memberi sokongan kepada calon yang sedang disiasat pihak berkuasa?” katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HtPcsF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment