Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak kisah dituduh mulut celupar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak kisah dituduh mulut celupar

Sinar harian
Tak kisah dituduh mulut celupar
Hanipa (kanan) ketika sesi FB Live Sinar Harian, hari ini.
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Amanah, Hanipa Maidin menyatakan beliau tidak kisah dilabel atau dituduh sebagai mulut celupar.

Katanya, kerjayanya sebagai peguam menjadikan dirinya lebih terdedah untuk bercakap benar dan berhujah secara berfakta.
“Saya tidak ada masalah dengan tuduhan dan dilabel sebagai mulut celupar. Kalau perkara itu tidak betul, saya akan cakap tidak betul dan tidak kisah siapa orang itu.

“Mungkin dalam parti sendiri pun saya akan tegur kalau presiden buat perkara tidak betul, bukan kerana benci tetapi sayang. Begitu juga ketika dalam Pas sebelum ini pun begitu, saya tegur sahaja presiden apabila berlaku perkara tidak betul,” katanya ketika sesi FB Live Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, beliau lebih percayakan kebebasan bersuara rakyat di negara ini seperti diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Orang berhak cakap apa sahaja dan sebab itu, saya tidak kisah bila orang label saya macam-macam seperti kata saya peguam negara dan sebagainya.
“Bagi saya ini perkara biasa dan tak akan marah kerana kalau saya silap, saya akan perbetulkan,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya bagaimana beliau menangani kecaman dan tuduhan, Hanipa menjawab, dia akan senyum sahaja.
“Kamu berhak dan dialu-alukan untuk berkata-kata. Saya tidak akan marah,” katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2r1ui92

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.