Petronas, TM Jalin Kerjasama
Petronas dan Telekom Malaysia Bhd. (TM) membentuk perkongsian strategik yang akan menyaksikan kedua-dua syarikat berkaitan kerajaan berkenaan bekerjasama dalam beberapa aspek.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan, di bawah memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani semalam, Petronas dan TM akan melaksanakan lima kelompok usaha yang akan meningkatkan kecemerlangan operasi dan pengalaman pelanggan dengan memanfaatkan kekuatan dan perkongsian nilai kedua-dua pihak.
“Antara lain, kami akan berusaha meningkatkan penggunaan produk Petronas, bermula dengan Petronas Dagangan Bhd. (Petronas Dagangan) memperluaskan perkhidmatan SMARTPay kepada kakitangan TM.
“Ini akan membolehkan pembayaran tanpa tunai dan peningkatan kecekapan operasi, di samping memberikan penjimatan kos petrol yang ketara setiap tahun kepada TM.
“Selain itu, PDB dan TM akan membangunkan rangkaian infrastruktur generasi akan datang bagi meningkatkan rangkaian perniagaan runcit Petronas Dagangan serta memperbaiki mutu penyampaian perkhidmatan pelanggan di stesen-stesen Petronas,” katanya.
Kenyataan itu berkata, Petronas juga akan bekerjasama dengan TM menerusi bahagian teknologi maklumatnya, Petronas ICT Sdn. Bhd., bagi meneroka pusat data masa depan “Ini akan melibatkan digitalisasi aset data Petronas untuk meningkatkan keselamatan data serta pengalaman pengguna,” jelasnya.
Kerjasama yang terjalin juga akan melihat kedua-dua pihak meneroka konsep parkir pintar untuk KLCC iaitu sebuah inisiatif yang bertujuan bukan sahaja meningkatkan pengalaman pengunjung menggunakan tempat letak kereta di situ tetapi juga memberi perlindungan serta keselamatan di kemudahan berkenaan.
“Kami juga akan melabur dalam usaha penyelidikan bersama yang merangkumi industri minyak dan gas serta telekomunikasi seperti peningkatan keupayaan tenaga kerja tempatan, pertukaran pengetahuan dan inisiatif Topi Keledar Pintar yang bertujuan untuk menggalakkan amalan penjagaan keselamatan di tempat kerja.
Pemeteraian MoU berkenaan telah disempurnakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin sementara TM diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly di sini semalam.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2r3nQ1y
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment