Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Tidak ada keuzuran tidak dibolehkan solat dalam kereta' - Mufti Kelantan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Tidak ada keuzuran tidak dibolehkan solat dalam kereta' - Mufti Kelantan

Nama Fathia Latiff sekali lagi menjadi sebutan netizen susulan daripada tersebarnya video yang dimuat naik oleh rakannya iaitu penggaya rambut Ridzkomura di Instastory pada Rabu. 
Video yang menjadi kontroversi itu memaparkan pelakon tersebut sedang bersolat di dalam kereta. Pelbagai bentuk komen yang diberikan akibat tindakan Fathia itu.
Wartawan mStar Online telah mendapatkan penjelasan daripada Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkenaan isu ini. Menurut beliau, bersolat di dalam kereta kerana mengejar waktu adalah alasan yang kurang tepat. 
Beliau juga menyatakan perlu ada sebab mengapa Fathia solat di dalam kereta. Jika disebabkan uzur atau terkena gout (sebagai contoh) sehingga tidak mampu berjalan ke masjid, dibolehkan untuk sembahyang di dalam kereta dan menghadap kiblat.

Tetapi, jika tidak ada keuzuran, tidak dibolehkan kerana di dalam solat itu terdapat rukun perbuatan seperti sujud dan rukuk. Di dalam kereta, tidak boleh sujud. 

mStar Online turut mendapatkan peenjelasan daripada pakar motivasi dan pendakwah bebas, iaitu PU Azman yang berpendapat bahawa setiap orang mempunyai situasi masing-masing dan bergantung kepada situasi bagaimana yang menyebabkan seseorang itu terdesak sehingga tidak ada pilihan.
Ujarnya lagi, kita tidak boleh mengukur situasi kita dengan orang lain. Dia turut menyatakan konsep yang perlu dilakukan di dalam situasi adalah berbaik sangka.
Walaubagaimanapun, Fathia menjelaskan solat yang dilakukan di dalam kereta adalah urusannya dengan Allah dan tidak menyedari perbuatannya itu dirakam. 
“Saya kerjakan solat itu kerana Allah bukan kerana manusia. Maaf saya tidak tahu aksi saya dirakam,” katanya.

BERITA BERKAITAN:



Sumber 'Tidak ada keuzuran tidak dibolehkan solat dalam kereta' - Mufti Kelantan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2r3xvWC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.