Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya Tak Bangga Dengan Gaya Rambut Buruk Yang Pelik Itu.” Selepas 16 Tahun Berlalu, Ronaldo Akhirnya Dedah Kenapa Dia Tampil Dengan Gaya Rambut Pelik.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya Tak Bangga Dengan Gaya Rambut Buruk Yang Pelik Itu.” Selepas 16 Tahun Berlalu, Ronaldo Akhirnya Dedah Kenapa Dia Tampil Dengan Gaya Rambut Pelik..


MENJELANG kejohanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2018 yang diadakan di Rusia pada Jun ini, ramai sudah mula merasakan kehangatan festival terbesar sukan itu yang disertai 32 buah negara.

Setiap kali berlangsung, pasti ada momen menarik yang tersimpan dalam peminat peminat seperti gol kemenangan Andres Iniesta di final kejohanan pada 2010, David Beckham dilayangkan kad merah dalam pertemuan bersama Argentina pada 1998 dan banyak lagi.


Namun, dalam piala dunia yang dilangsungkan di Korea dan Jepun pada tahun 2002, momen paling ikonik yang pasti diingati ramai adalah penampilan penyerang berbisa Brazil, Ronaldo Luís Nazário de Lima yang menggayakan fesyen rambut jambul bermula di peringkat separuh akhir kejohanan berkenaan.


Gaya rambut pelik tetapi ikonik oleh Ronaldo di kejohanan tersebut pantas menjadi bualan ramai serta turut menjadi ikutan, terutama oleh peminat dan penyokong pasukan Brazil yang menjuarai kejohanan itu.

Setelah 16 tahun berlalu, Ronaldo akhirnya mendedahkan bahawa gaya rambut itu sengaja dilakukannya bagi mengalih perhatian ramai terutama pihak media mengenai kecederaan yang dialaminya ketika kejohanan berlangsung.


“Saya mengalami kecederaan pada kaki dan semua orang hanya berbicara mengenai kecederaan tersebut. Oleh itu, saya memutuskan untuk mempunyai gaya rambut sebegitu.


“Ketika saya balik ke padang latihan, semua bercakap tentang rambut saya dan terlupa akan kecederaan itu. Perkara itu menjadikan saya lebih tenang dan fokus dengan latihan.

“Saya tak bangga dengan gaya rambut buruk yang pelik itu. Tetapi ia adalah langkah berkesan untuk mengalih perhatian umum pada ketika itu,” jelasnya memetik Goal.com.


Tindakan Ronaldo menggayakan fesyen jambul itu ternyata berkesan apabila dia menjaringkan kedua-kedua gol dalam perlawanan akhir apabila Brazil menundukkan Jerman 2-0 dan muncul sebagai pemenang kasut emas kejohanan tersebut setelah menjaringkan lapan gol.


Sementara itu, mengulas mengenai peluang Brazil di Rusia 2018, dia berharap skuad sedia ada negaranya itu mampu mengakhiri penantian 16 tahun untuk mendakap semula piala berprestij itu.


“Beberapa pasukan utama dunia yang lain seperti Jerman, Sepanyol dan Perancis juga adalah pasukan yang serba lengkap. Kita kena lihat bagaimana. Saya berharap Brazil mampu menjuarainya.

“Saya agak optimis mengenai peluang Brazil. Pasukan ini melalui banyak perubahan sejak dua tahun kebelakangan ini. Brazil mempamerkan peningkatan dengan kehadiran jurulatih baharu,” ujarnya.

Related image

Brazil kini diketuai oleh jurulatih baharu, Tite yang mengambil alih pasukan kira-kira dua tahun lalu dan akan cuba menjuarai kejohanan tersebut kali ini selepas gagal di laman sendiri empat tahun lalu.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vOKqjQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.