Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemenang Gangsa Gold Coast Positif Doping Pula... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemenang Gangsa Gold Coast Positif Doping Pula...



Ketika pencapaian kontinjen negara di Sukan Komanwel Gold Coast baru-baru ini masih dipersoalkan, kini timbul pula kes doping membabitkan atlet Malaysia yang mungkin akan memburukkan lagi keadaan. 

Ini kerana, dipercayai salah seorang atlet yang beraksi pada temasya kedua terbesar dunia itu dilaporkan positif dalam ujian doping. Lebih menjejaskan lagi reputasi negara, atlet terbabit juga dikatakan adalah penyumbang pingat gangsa dan kemungkinan pingat itu akan ditarik balik jika didapati bersalah.

Sementara itu, Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi ketika dihubungi enggan mengulas tentang kes berkenaan. "Saya tidak mahu komen kerana kes ini belum sampai ke pengetahuan saya," kata Abdul Azim. Berdasarkan rekod pencapaian atlet di Gold Coast, Malaysia meraih 12 gangsa.

Atlet yang meraih pingat berkenaan ialah Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah (para lelaki T12 100m), Goh V Shem-Tan Wee Kiong (badminton beregu lelaki), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (badminton beregu campuran), Leong Mun Yee-Nur Dhabitah Sabri (terjun wanita 10m platform), Leong Mun Yee-Nur Dhabitah Sabri (terjun 3m papan anjal seirama) dan Amy Kwan Dict Weng (gimrama gelung).

Turut menyertai senarai atlet meraih gangsa ialah Amy Kwan Dict Weng (gimrama individu keseluruhan), Koi Sie Yan (gimrama riben), Alia Sazana Azahari (menembak wanita 25m pistol), Nafiizwan Adnan (skuasy perseorangan lelaki), Ho Ying-Karen Lyne (ping pong wanita beregu) dan Muhamad Fazrul Azrie Mohdad (angkat berat lelaki 85kg).

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2r4fh6n

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.