Hi! Welcome Back and Stay Tune! Inspektor Ditahan Selepas Disyaki Meminta Dan Menerima Rasuah RM7,000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Inspektor Ditahan Selepas Disyaki Meminta Dan Menerima Rasuah RM7,000



Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menyalahgunakan kuasa untuk meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,000. 

Suspek berusia 31 tahun itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang ditahan kira-kira pukul 8.45 malam semalam. Pegawai itu dipercayai telah meminta dan menerima wang sebanyak RM7,000 daripada seorang individu yang sedang disiasat polis atas kesalahan mengugut.

Menurut sumber, siasatan sedang dijalankan ke atas individu terbabit selepas pihak polis menerima satu laporan menyatakan dia telah mengugut teman wanitanya.

"Walaubagaimanapun, pegawai polis itu telah mengambil kesempatan atas kejadian tersebut dan meminta wang rasuah supaya tindakan tidak diambil ke atas individu terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memberitahu suspek akan direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17 (a) ASPRM 2009.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2r4Xqwj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.