Mahathir dipergunakan oleh DAP untuk pecah belah undi Melayu - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memuat naik tweet yang mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir dipergunakan oleh parti DAP untuk memecah belahkan undi Melayu.
Tweet yang dimuat naik tengah hari tadi mengundang pelbagai reaksi netizen dan ada yang turut mempersoalkan motif tweet tersebut.
"Saya perhatikan Dr Mahathir sebenarnya diperkudakan saja oleh DAP untuk pecah belah undi Melayu, seolah-olah DAP baik kepada orang Melayu.
"Hakikatnya, mana ada? DAP ini baik ke kepada Melayu, kepada Islam? Dr Mahathir sendiri cakap DAP Anti-Melayu dan Anti-Islam #CakapTakSerupaBikin," tulis Najib.
Najib di musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dilihat banyak memuat naik tweet-weet yang menyerang bekas perdana menteri keempat itu di media sosial dan di majlis bersama rakyat.
Sumber Mahathir dipergunakan oleh DAP untuk pecah belah undi Melayu - Najib
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Hztq2A
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment