Hi! Welcome Back and Stay Tune! 3 beradik maut dilibas dengan parang oleh lelaki kurang siuman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

3 beradik maut dilibas dengan parang oleh lelaki kurang siuman

Tiga kanak-kanak berusia antara dua hingga lima tahun maut selepas ditetak seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman dalam kejadian amuk, petang tadi, lapor Berita Harian. 
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang di Kampung Sungai Haji Mohamad, Selekoh di Rungkup,  tiga mangsa yang merupakan adik beradik maut, manakala empat lagi mangsa parah termasuk ibu mangsa serta dua pelajar sekolah yang belum dikenali pasti identitinya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, ketika kejadian, suspek yang dipercayai kurang siuman itu telah menceroboh masuk ke sebuah rumah yang didiami tiga mangsa dan ibunya. 
Suspek yang bersenjatakan parang kemudian melibas ketiga-tiga mangsa sehingga mengakibatkan kematian, manakala ibu mangsa cedera parah. Selepas kejadian itu, suspek pergi ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Mohamad dan menetak dua pelajar sekolah dan seorang orang awam. 
Menurut seorang penduduk kampung yang tidak mahu didedahkan identitinya berkata, suspek yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an itu tinggal tidak jauh dari rumah mangsa. 
"Sejak dua tiga hari lalu, dia kelihatan seperti tidak berapa sihat dan kami tidak menyangka dia sanggup melakukan perbuatan sebegitu kejam di hari pertama berpuasa," katanya. 


Berdasarkan maklumat orang awam, polis berjaya menahan suspek dan turut merampas senjata yang digunakan oleh suspek untuk siasatan lanjut.
Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat dan menerima rawatan lanjut. Polis kini sedang menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


Sumber 3 beradik maut dilibas dengan parang oleh lelaki kurang siuman

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Gu38xl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.