Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zhao Lina lebih rela 'diving' berbanding 'catwalk' demi bola sepak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zhao Lina lebih rela 'diving' berbanding 'catwalk' demi bola sepak

SHANGHAI: Seorang wanita China menjadi inspirasi untuk wanita terus bergiat dalam bidang yang diminati sungguhpun bidang itu tidak konvensional bagi wanita.

Zhao Lina, penjaga gol antarabangsa China berumur 26 tahun dan memiliki ketinggian 18cm, berusaha menggunakan kelebihannya untuk meningkatkan martabat wanita dalam bidang sukan terutamanya bola sepak di negara tersebut.

Penjaga gol yang juga dikenali sebagai Nana itu, hampir menceburi dalam dunia permodelan setelah mendapat tawaran daripada sebuah agensi.

Namun, Zhao membuat keputusan bahawa peralihan kerjaya tidak semudah begitu sahaja, menyebabkan dia memilih untuk menolak tawaran tersebut. .

"Saya berasakan yang saya boleh mencuba nasib, namun saya akui bahawa saya tidak mampu melakukannya," luahnya.

Zhao yang bermain mewakili negara pada Olimpik 2016 dan mempunyai lebih daripada 50 penampilan, merupakan pemain berpendapatan paling tinggi dalam kelab bola sepak Shanghai Rural Commercial Bank (RCB) dengan gajinya lebih 10,000 yuan (sekitar RM6,000) sebulan.

Namun Zhao memberitahu bahawa dia kurang berminat dengan wang dan hasratnya hanya mahukan lebih ramai orang menonton bola sepak wanita di stadium tuan rumah kelab berkenaan.

"Stadium ini hanya dibuka separuh sahaja dan hanya boleh duduk beberapa ribu penonton sahaja, tetapi ia tidak pernah penuh," katanya.

Sungguhpun pasukan bola sepak wanita China telah mengangkat lapan kali Piala Asia dan menduduki tempat ketiga untuk tahun 2018 bulan lalu, Zhao merasakan perlawanan bola sepak wanita dalam kelab kurang mendapat perhatian.

"Jika perlawanan kami tidak dapat sambutan, apa gunanya kami bermain?

"Apapun ini sudah menjadi kebiasaan untuk bola sepak wanita di China," katanya.

Zhao dibesarkan dengan ibu bapanya bersama datuk neneknya di sebuah pangsapuri kecil dan terpaksa tidur di sofa dalam bilik tidur ibu bapanya.

"Saya mahu membuat lebih banyak wang supaya ibu bapa saya dapat menikmati kediaman yang baru.

"Saya berharap bayaran untuk bola sepak wanita akan ditingkatkan, tetapi apa yang lebih penting lagi, saya berharap ramai orang akan hadir untuk menonton perlawanan bola sepak wanita," ujarnya.



Sumber Zhao Lina lebih rela 'diving' berbanding 'catwalk' demi bola sepak

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IqNY1H

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.