Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Jika Benar Awin Amalkan Ilmu Hitam Seperti Yang Didakwa, Buktikan’.- Izzue Islam.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Jika Benar Awin Amalkan Ilmu Hitam Seperti Yang Didakwa, Buktikan’.- Izzue Islam..



KUALA LUMPUR: Tidak habis-habis menjadi mangsa fitnah, Izzue Islam berang apabila isterinya, Awin Nurin dituduh pula mengamalkan ilmu hitam.

Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 27, mahu individu yang didakwa memfitnah isterinya segera menghentikan buli siber di laman sosial.


"Ini bukan kali pertama tohmahan dilemparkan terhadap kami. Kali ini, ia meninggalkan impak berbeza kerana memfitnah dan menuduh isteri menggunakan bomoh terhadap saya," katanya kepada BH Online.

Izzue berkata, Awin menenangkan dirinya agar tidak cepat melatah.

"Saya terkilan kerana individu yang membuat tuduhan seperti tidak ada agama dan tidak beri bukti.


"Hentikanlah buli siber kerana ia memberi impak negatif kepada banyak pihak. Jika kurang pasti, jangan mulakan sesuatu yang tidak pasti kesahihannya... Mentaliti begini harus dihentikan," katanya.


Ditemui pada Kempen Terima Kasih 2018 anjuran rangkaian televisyen (TV) Media Prima Berhad (MPB), di sini, Izzue menggesa penyebar fitnah tampil dengan bukti, bukan berselindung di sebalik akaun palsu.

"Jika benar Awin mengamalkan ilmu hitam seperti yang didakwa, buktikan dan tunjuk bomoh yang digunakan. Perkara ini bukan membabitkan akaun palsu, sebaliknya beberapa individu," katanya.


Izzue yang juga anggota kumpulan Forteen berkata, dia juga kecewa kerana ada netizen mempersoalkan mengenai zuriat.

"Pasangan berkahwin mana yang tidak mahu cahaya mata? Jangan tuduh sesuka hati saja," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rTquY5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.