Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya Sayang Papa. Kita Ada Banyak Lagi Tugas Untuk Dilakukan. Banyak Lagi Ketidakadilan Untuk Diperbetulkan,Nurul Izzah Melahirkan Rasa Syukur Untuk Menyambut Bulan Ramadhan Dengan Kepulangan Ayahnya.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya Sayang Papa. Kita Ada Banyak Lagi Tugas Untuk Dilakukan. Banyak Lagi Ketidakadilan Untuk Diperbetulkan,Nurul Izzah Melahirkan Rasa Syukur Untuk Menyambut Bulan Ramadhan Dengan Kepulangan Ayahnya..



KUALA LUMPUR: "Sudah lama sejak ciuman itu, papa." Demikian antara luahan hati Nurul Izzah, anak kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dijadual dibebaskan dari tahanan penjara hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menerusi satu posting di Instagram melahirkan rasa syukur akan menyambut bulan Ramadan dengan menyambut kepulangan ayahnya yang telah menerima pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong. 


“Allah SWT dalam segala hikmah-NYA telah menganugerahkan kita kepulangan ini. Apa lagi cara yang lebih baik untuk menyambut Ramadan.

“Sebuah pengampunan berdasarkan keadilan yang tersasar. Satu perpisahan yang akhirnya disusuli dengan satu pelukan," tulis Izzah di akaun Instagramnya.


Naib Pengerusi PKR itu turut menegaskan beliau akan berjuang bersama Anwar bagi meneruskan reformasi dan keadilan di negara ini.

“Saya sayang papa. Kita ada banyak lagi tugas untuk dilakukan. Banyak lagi ketidakadilan untuk diperbetulkan,” ujarnya.


Anwar dijangka dibebaskan selepas syor pembebasan dan pengampunan penuh oleh mesyuarat Lembaga Pengampunan Diraja yang bersidang jam 11 pagi ini.

Proses pembebasan Anwar akan dilakukan di Hospital Rehabilitasi Cheras tanpa perlu dibawa ke Penjara Sungai Buloh.


Anwar dikenakan hukuman penjara lima tahun pada 2015 atas tuduhan liwat, tuduhan yang dikatakan penyokongnya sebagai bermotifkan politik.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GsWQxX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.