SKMM Memberikan Sebab Mengapa Halangan Akses Ke Atas Sarawak Report Dan Medium Ditarik Semalam
Semalam laman Sarawak Report dan Medium kembali boleh diakses oleh pengguna di Malaysia tanpa memerlukan DNS. Kedua-dua laman ini dihalang akses selama ini selepas ia memaparkan maklumat mengenai skandal 1MDB yang melibatkan seorang tokoh politik tertinggi negara.
KENYATAAN MEDIA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin menegaskan, tindakan untuk menyekat mana-mana laman sesawang adalah berpandukan kepada undang-undang negara. – https://t.co/d7o288yGVE#MCMC #SKMM pic.twitter.com/rTAQtfTvXY
— MCMC (Official) (@SKMM_MCMC) May 18, 2018
SKMM hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penarik halangan kepada kedua-dua laman di atas. Menurut mereka ia dilakukan kerana laporan 1MDB telahpun dikeluarkan kepada umum.
Pada waktu yang sama mereka juga menjelaskan mengapa laman Live.undi.info yang memberikan maklumat keputusan pilihanraya secara langsung dihalang akses untuk seketika pada malam 9 Mei dan pada pagi 10 Mei. Halangan dilakukan kerana menerima aduan maklumat yang dipaparkan adalah kurang tepat.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2k5nxjy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment