Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Kepala Mangsa Diambil. Ini Jenayah Ajaran Sesat.” Sedih, Kanak-Kanak Albino Usia 5 Tahun Diculik Dan Jadi Korban Ajaran Sesat.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Kepala Mangsa Diambil. Ini Jenayah Ajaran Sesat.” Sedih, Kanak-Kanak Albino Usia 5 Tahun Diculik Dan Jadi Korban Ajaran Sesat..


BAMAKO: Sekumpulan lelaki menculik dan memancung kepala budak perempuan albino berusia lima tahun di Mali hujung minggu lalu, kata polis, dalam apa yang dibimbangi menjadi mangsa pembunuhan ajaran sesat yang mahukan bahagian tubuh mangsa.

Image result for Kidnapped albino found dead with limbs hacked off

Djeneba Diarra, yang menetap bersama keluarganya di kampung Fana, kira-kira 125 kilometer ke utara Bamako 'sedang tidur bersama ibu dan kakaknya' apabila sekumpulan lelaki menculiknya kira-kira jam 2.00 pagi waktu tempatan kelmarin, kata polis semalam.


Ibu mangsa pada mula cuba mengejar penculik, yang memanjat tembok dengan anak perempuannya itu, tetapi kembali ke rumah untuk melindungi seorang lagi anaknya, juga albino.

Image result for Kidnapped albino found dead with limbs hacked off

"Kami mencapai kanak-kanak itu merata-rata. Kami temui mayatnya tanpa kepala di tepi masjid," kata guru kampung itu, Oumar Diakite.

Menyalahkan masalah keselamatan bagi pembunuhan itu, penduduk tempatan yang marah membakar ibu pejabat polis di Fana, menurut beberapa saksi.


"Kami mahukan keadilan. Kepala mangsa diambil. Ini jenayah ajaran sesat," kata aktivis Mamadou Sissoko.

Beliau, yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Albino Afrika Barat (FAPAO), mengaitkan jenayah terhadap albino dengan acara politik, menjelang pilihan raya presiden Mali pada 29 Julai ini.


"Setiap kali ada pilihan raya, kami menjadi mangsa mereka yang mahu melakukan acara korban.

"Ini bukan pertama kali kejadian seperti ini berlaku di Fana. Negara perlu mengambil ini sebagai tanggungjawab," katanya. - AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IVhMTs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.