Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Rumah landed atau high-rise? Aku takut tersalah beli.” – Qiddin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Rumah landed atau high-rise? Aku takut tersalah beli.” – Qiddin

Kalau tengok sekarang, banyak projek under construction untuk rumah jenis high-rise (bertingkat) dekat serata tempat.

Boleh kata, tumbuh macam cendawan lepas hujan.

Pembangunan rumah landed sekarang pun, boleh tahan juga. Banyak yang mudah memikat mata yang memandang.

Tapi, apa yang patut korang kaji dulu sebelum buat keputusan membeli?

Nah, tanya 9 soalan ni sebelum keluarkan duit deposit korang tu. Selamat menghadam.

Soalan #1 : Berapa besar ruang yang anda perlukan?

Ini apa yang Tok baca dekat blog NuProp tentang topik ini.

Tanya diri korang soalan ini. Korang ada (atau ada impian untuk) :

  • Bela haiwan peliharaan?
  • Nak ada tempat memasak, sambil tengok anak-anak bermain di ruang tamu?
  • Suka bercucuk tanam, berbakti kepada tanah?

Kalau korang nak salah satu yang Tok sebutkan tadi (atau semua sekali), korang patut beli rumah landed (atas tanah).

Bab saiz, jelas sekali rumah landed akan jadi pilihan. Dan bukan tu saja. Korang jugak akan ada ruang tanah di belakang, atau tepi rumah.

Sama ada korang nak gunakan tanah tu untuk bercucuk tanam, buat taman permainan mini untuk anak-anak, atau untuk haiwan peliharaan korang, terpulang.

Rumah landed juga sesuai untuk berkeluarga korang yang sedang berkembang. Tak macam rumah high-rise. Ruang yang ada, agak limited (terhad).

Korang jugak boleh buat renovation untuk besarkan lagi ruang di sekitar rumah. Tak cukup bilik tidur untuk anak-anak? Korang boleh bina sebuah lagi bilik untuk mereka.

Kalau rumah high-rise, ruang peribadi (bilik) adalah terhad. Dengan saiz binaan (built-up size) yang kecil, tak banyak renovation yang korang boleh buat.

Ruang luar? Korang hanya ada ruangan balkoni saja.

Soalan #2 : Macam mana dengan bab penyelenggaraan (maintenance)?

Kalau korang jenis tak tahu sangat pasal penyelenggaraan paip atau eletrik, korang perlukan seseorang untuk semua ini.

Dan ini apa yang korang dapat bila membeli rumah jenis high-rise seperti apartmen atau kondomonium.

Pemaju korang yang akan bertanggungjawab ke atas bab penyelengaraan.

Cuma, korang sendiri yang perlu tanggung kos penyelenggaraan (maintenance fee) ini. Amaun yang korang kena bayar, bergantung kat kualiti rumah high-rise yang korang beli.

Kalau korang tak kisah dan ada masa, duit, dan skil untuk selenggara rumah, boleh beli rumah jenis landed.

Soalan #3 : Mana satu jenis rumah yang lebih selamat?

Cuba bayangkan seketika.

Korang beli rumah dekat kawasan pinggir bandar. Rumah tu pulak, dikelilingi pagar dan kekurangan tiang lampu.

Memang sunyi dan tenang. Tapi, selamat ke keadaan macam tu untuk keluarga korang?

Sekarang, bayangkan pulak rumah jenis high-rise.

Satu cara untuk sampai ke rumah korang, adalah melalui lobi dan naik lif ke atas. Dan semua ni perlukan kunci khas seperti access card.

Untuk seorang perompak, rumah jenis mana yang mereka akan jadikan target?

Melainkan mereka Tom Cruise seperti dalam cerita Mission Impossible, mungkin baru boleh nak pecah rumah high-rise.

Rumah high-rise agak sukar nak kena pecah masuk, sebab ada sekuriti yang bertugas selama 24 jam, setiap hari. Guard memang akan berjaga untuk pastikan keharmonian dan keselamatan korang dan juga ahli keluarga.

Risaukan tentang faktor keselamatan? Rumah high-rise adalah pilihan yang tepat untuk korang.

Kalau nak duduk rumah landed yang ada sistem sekuriti seperti rumah high-rise, boleh jugak. Cuma, korang kena bersedia bayar harga lebih berbanding biasa.

Soalan #4 : Apa jenis pemandangan (view) yang anda mahukan?

Siapa pun, pasti suka pemandangan yang cantik daripada rumah mereka. Ini termasuk Tok sendiri.

Tak kira la pemandangan laut, gunung-ganang, atau lampu neon ’hutan konkrit,’ ini antara salah satu sebab utama yang mempengaruhi keputusan membeli seseorang itu.

Kalau beli rumah high-rise dekat tingkat tinggi, korang boleh dapatkan ini dengan mudah berbanding rumah landed.

Soalan #5 : Boleh ke buat renovation (ubah suai) rumah ikut suka hati?

Nak cari rumah yang sempurna, bagaikan mencari jarum dalam jerami. Nampak, Tok direct translate je di situ.

Tapi takde ungkapan yang tepat selain ini. Bila beli rumah nanti, mesti korang rasa ada yang kurang. Dan korang akan ubah kekurangan itu selagi boleh.

Bila beli rumah landed, korang ada peluang untuk renovate rumah ikut suka hati korang. Nak ruang dapur yang lebih luas dan gempak? Takde masalah.

Yang beli rumah jenis high-rise, maaf. Bukan tak boleh nak ubah suai rumah. Tapi kena dapatkan kebenaran dan patuhi terma dan syarat yang ditetapkan persatuan pemilik rumah (joint management body) sebelum apa-apa hal.

Korang mungkin boleh buat ubah suai sikit, tapi tak ada fleksibiliti seperti bila beli rumah landed.

Soalan #6 : Apa kemudahan komuniti yang anda dapat bila beli rumah?

Korang boleh dapat semua kemudahan ini bila beli rumah high-rise. Korang ada akses mudah untuk gunakan kemudahan seperti :

  • Kolam renang,
  • Ruang sauna,
  • Gym, dan lain-lain.

Ada juga projek rumah landed yang tawarkan semua kemudahan ini. Tapi korang kena bayar harga yang lebih mahal.

Sebelum beli rumah, pastikan kaji dulu jenis kemudahan yang korang kerap gunakan. Korang boleh buat keputusan yang tepat daripada situ.

Soalan #7 : Senang tak nak sampai ke rumah anda?

Projek rumah landed perlukan sebidang tanah yang luas. Itu sebab, kebanyakan projek ini dibina dekat kawasan luar bandar.

Kalau rumah high-rise, banyak yang dibina dekat dengan kawasan bandar. Jadi, takde masalah untuk korang ke tempat kerja tanpa perlukan banyak masa. Memang ngam untuk korang yang suka bersosial.

Lagipun, kemudahan seperti kedai makan atau kedai runcit terletak dekat bawah rumah korang saja. Lebih mudah berbanding kalau beli rumah landed.

Soalan #8 : Boleh tak buat duit dengan rumah yang anda beli tu?

Kalau korang ada peluang untuk buat duit ekstra setiap bulan, korang suka tak? Untuk ni, korang boleh beli rumah jenis high-rise dan sewakan.

Pada sudut pandangan penyewa, menyewa adalah lebih murah berbanding kos yang diperlukan untuk membeli sebuah rumah. Kemudahan ini, biasanya dicari oleh golongan yang baru mula bekerja.

Sementara mereka membina kemampuan untuk membeli rumah, korang boleh sewakan rumah kepada mereka. Dalam hal ni, penting untuk beli rumah yang mudah disewakan.

Soalan #9 : Perlu tahu ke nilai rumah yang anda beli?

Semua negara dalam dunia hadapi satu masalah yang sama – kekurangan tanah untuk menempatkan rumah kediaman.

Ini salah satu sebab yang jadikan permintaan hartanah semakin meningkat dari masa ke semasa. Dan peningkatan dalam permintaan, akan naikkan nilai hartanah.

Untuk kesenangan jangka masa panjang korang, baik lagi korang ambil tahu tentang nilai rumah yang korang nak beli tu. Senang korang nak letak harga jualan yang menarik dan munasabah.

Bergantung kat apa yang korang nak, korang akan jumpa rumah yang menepati ciri-ciri yang korang idamkan.

Kalau korang ada plan nak tambah ahli keluarga, sesuai untuk beli rumah landed. Kalau tak, baik beli rumah jenis high-rise. Ada peluang untuk disewakan.

Jadi, korang pilih rumah yang mana satu?

The post “Rumah landed atau high-rise? Aku takut tersalah beli.” – Qiddin appeared first on GilaHartanah.com - Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ GilaHartanah.com – Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Kz35Tf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.