Hi! Welcome Back and Stay Tune! Celcom Bakal Mengalami Gangguan Perkhidmatan Pada 20 Hingga 21 Mei Bagi Menaiktaraf Sistem Bil - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Celcom Bakal Mengalami Gangguan Perkhidmatan Pada 20 Hingga 21 Mei Bagi Menaiktaraf Sistem Bil

Gangguan ke atas perkhidmatan Umobile semalam menimbulkan kemarahan pelanggan kerana ia berlaku tanpa sebarang amaran. Bagi pengguna Celcom, syarikat telekomunikasi ini telah mengumumkan bakal berlaku gangguan ke atas beberapa perkhidmatan pada 20 hingga 21 Mei hadapan. Ini adalah kerana proses menaiktaraf sistem bil mereka.

Pada 20 Mei 8.00 pagi sehingga 21 Mei, 6.00 pagi  sistem pembayaran tidak disediakan sementara waktu. Pelanggan digalakkan untuk membuat pembayaran lebih awal bagi mengelakkan gangguan talian. Namun begitu pelanggan prabayar masih boleh membuat transaksi tambah nilai

Pada Isnin, 21 Mei pelanggan pascabayar tidak dapat menerima panggilan dan pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh maksimum 15 minit, di antara pukul 4.00-6.00 pagi. Pelanggan pascabayar yang menggunakan perayauan antarabangsa di luar negara tidak dapat menerima panggilan dan SMS dalam tempoh sehingga empat jam daripada pukul 4.00-8.00 pagi (waktu Malaysia).

Namun begitu, pelanggan di Malaysia dan juga luar negara masih boleh membuat panggilan keluar, menghantar SMS, dan menggunakan data di sepanjang proses naik taraf tersebut.

Diharap dengan pengumuman awal ini pelanggan Celcom dapat melakukan persediaan untuk sebarang masalah yang mungkin berlaku.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IvH9In

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.