Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fon Kepala Sony WH-1000XM2 Dan WI-1000X Kini Menyokong Integrasi Google Assistant - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fon Kepala Sony WH-1000XM2 Dan WI-1000X Kini Menyokong Integrasi Google Assistant

Sony WH-1000XM2 adalah set fon kepala nirwayar yang mempunyai kualiti audio yang mengagumkan dan juga mempunyai pembatalan bunyi bising aktif yang memberi pengalaman pendengaran muzik lebih enak. Manakala, Sony WI-1000X pula adalah set fon telinga nirwayar dengan neckbuds untuk aktiviti bersukan. Kedua-dua peranti audio ini kini menerima kemaskini firmware yang mengintegrasikan Google Assistant.

Pengguna kini tidak lagi perlu mengaktifkan Google Assistant melalui telefon pintar ketika menggunakan kedua-dua peranti audio ini dan boleh terus aktifkan dengan “Hey, Google” dan terus memberikan arahan suara untuk melalukan tugas-tugas. Lebih menarik, kemaskini ini boleh memberi notifikasi yang bercakap daripada aplikasi kegemaran yang dipilih. Walau bagaimanapun, jika pengguna mengaktifkan Google Assistant ciri unik “ambient sound control”  tidak boleh digunakan.

Kemaskini ini bagi saya agak menarik dan memudahkan. Ini kerana saya banyak menggunakan Google Assistant dalam kerja harian saya. Adakah anda gemar akan kemaskini ini atau anda lebih pentingkan fungsi “ambient soundcontrol”?



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2k5xL3m

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.