Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adam Corrie ketepikan dunia lakonan, rebut ganjaran Ramadan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adam Corrie ketepikan dunia lakonan, rebut ganjaran Ramadan

PELAKON Adam Corrie sanggup menolak tawaran berlakon sepanjang Ramadan bagi menghormati bulan yang mulia ini semata-mata untuk mendapatkan ganjarannya.

Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah, 50, berkata dia percaya rezeki itu datang daripada Allah dan hanya ingin fokus dalam menunaikan ibadat puasa.

"Untuk sepanjang ramadan memang saya tak ambil sebarang tawaran pun. Bagi saya, bulan ini adalah waktu untuk kita mengumpul pahala.

"Soal rezeki itu, saya percaya pada Allah. Insya-Allah mesti ada rezeki saya di tempat lain. Lebih baik saya beri tumpuan dalam melaksanakan ibadat puasa dengan baik," kata Adam .

Pelakon filem KL Gangster 2 ini memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan dia juga kerap berkongsi pandangan dan pengalaman sebagai mualaf di laman sosialnya.

Dalam pada itu, Adam dan isterinya, Fazema Mohd Fuad yang kini sedang hamil tujuh bulan hanya membeli barangan keperluan bayi bagi menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka.

Kata Adam, dia dan isteri sudah mengetahui jantina dan mempunyai nama bayi pertama mereka namun masih perlu dirahsiakan buat masa kini.

"Alhamdulillah, kandungan isteri kini sudah mencecah tujuh bulan dan insya-Allah bayi kami dijangka lahir pada Julai depan. Kami teruja nak sambut kelahiran baharu dalam keluarga.

"Kami sudah ada nama untuk bayi sulung tapi buat masa sekarang biarlah rahsia dahulu nama dan jantinanya.

'Saya berharap semua orang doa yang baik-baik dan doa segala urusan saya dan isteri dipermudahkan," ujarnya.

Adam terdahulu memaklumkan mengenai perkhabaran gembira isterinya sedang hamil lima bulan menerusi lama  Facebook dan Instagramnya pada awal Mac lalu.

Adam dan Fazema Mohd Fuad, 36 melangsungkan pernikahan pada 2008 dan selepas 10 tahun menanti, pasangan ini bakal menyambut kelahiran bayi sulung mereka tidak lama lagi.



Sumber Adam Corrie ketepikan dunia lakonan, rebut ganjaran Ramadan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wRkdC1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.