Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Ibu Bapanya Leka Berselfie, Bayi 10 Bulan Maut Jatuh Eskalator Setelah Terlepas Daripada Pangkuan Ibu.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Ibu Bapanya Leka Berselfie, Bayi 10 Bulan Maut Jatuh Eskalator Setelah Terlepas Daripada Pangkuan Ibu..


Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan maut terjatuh daripada eskalator ketika ibu dan bapanya sibuk berswafoto. Bayi itu dikatakan terlepas daripada pangkuan ibunya dalam satu kejadian yang berlaku di India.



Dalam satu rakaman kamera pengawasan litar tertutup, pasangan itu dilihat sedang berswafoto di hadapan sebuah kedai berdekatan dengan eskalator teserbut. Mereka kemudian beredar sebelum menuju ke eskalator untuk ke kedai seterusnya.


Katika itu, wanita tersebut dilihat memangku anaknya dengan menggunakan sebelah tangan sebelum bayi malang tersebut tercampak ke luar eskalator. Mereka dilihat cemas dan orang ramai bergegas untuk menghulurkan bantuan.


Menurut seorang peniaga yang menjadi saksi kejadian, dia mendakwa melihat suami itu mengajak isterinya berswafoto ketika hendak menaiki eskalator tersebut. Tiba-tiba, wanita itu dilihat hilang keseimbangan dan ketika itulah kejadian tersebut berlaku.

Rakaman itu menunjukkan bayi itu pada mulanya terhantuk pada palam besi sebelum jatuh diantara celah-celah eskalator dengan tepi lantai.


Para peniaga yang panik juga dilihat mengkerumuni tempat kejadian untuk melihat apa yang berlaku.

Bayi itu kemudian dikejarkan hospital namun disahkan telah meninggal dunia. Pihak polis yang hadir ke lokasi kejadian kini sedang menjalankan siasatan.


''Ia jelas satu kemalangan.

''Pihak keluarga bayi malang itu enggan mengambil sebarang tindakan memandangkan ia adalah kemalangan,'' kata pihak berkuasa.

Pasangan itu dikatakan baru sahaja menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik berdekatan sebelum mengambil keputusan untuk bersiar-siar di dalam pasar raya tersebut.


Ia adalah kejadian kedua dalam masa terdekat apabila seorang kanak-kanak maut terjatuh dari pangkuan ibunya dari tingkat dua, di Mumbai.

VIDEO:








Sumber : Dailymail


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2k86kGg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.