Fazley, Isteri Berdoa Agar Hati Rosmah Terbuka Terima Mereka
PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Fazley Yaakob sentiasa mendoakan agar ibu mertuanya, Datin Seri Rosmah Mansor terbuka hati untuk menerima dirinya dan isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz sebagai ahli keluarga.
Sebagai anak dan menantu, Fazley berkata, beliau dan isteri tidak pernah menyimpan perasaan tidak baik terhadap isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak itu malah menganggap Rosmah sebagai ibu kandungnya.
Saya dan isteri tidak pernah menyimpan sebarang perasaan benci kerana sebagai anak dan menantu, beliau tetap ibu (mertua) dan ibu kandung kepada isteri saya.
“Selama 11 tahun kami berkahwin, kami sentiasa mendoakan agar hati beliau terbuka untuk menerima kami sekeluarga,” katanya kepada mStar Online.
Fazley dan Azrene berkahwin pada 2007 dan perkahwinan itu dikatakan tidak mendapat restu daripada Rosmah.Azrena adalah anak Rosmah hasil perkahwinan dengan suami terdahulu iaitu Abdul Aziz Nong Chik.
Dalam pada itu Fazley, 40, berkata, keterbukaannya mendedahkan keperitan hidup sepanjang 11 tahun mereka menjadi suami-isteri di Instagram baru-baru ini bukan berniat untuk membuka aib atau mencari kesalahan mana-mana pihak.
Sebaliknya kata Fazley, dia cuma berkongsi kisah sebenar kehidupan mereka sekeluarga kerana ingin menunaikan wasiat terakhir Allahyarham bapanya, Datuk Yaakob Mohammad.
Sebenarnya pada saya, pengkongsian itu adalah tanggungjawab. Bukan sengaja nak cari salah atau membuka aib mana-mana pihak.
Ia juga wasiat daripada arwah bapa yang meminta saya untuk menceritakan kebenaran mengenai saya, isteri dan arwah apabila apabila tiba masa yang sesuai.
Saya rasa, sekarang adalah masa sesuai untuk berkongsi pengalaman kehidupan saya sekeluarga,” kata Fazley.
Allahyarham bapa Fazley meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Damansara akibat komplikasi paru-paru pada 8 Februari 2016.
Tambah Fazley lagi, beliau memilih untuk mendedahkan perkara itu di laman sosial kerana berasa lebih dekat dengan pengikutnya.
Saya bukan nak pergi pada media. Bagi saya, laman sosial ini lebih peribadi. Dapat cerita lebih dekat dengan pengikut di Instagram.
Medium itu paling utama pada peminat, jadi, saya kongsi pengalaman yang terjadi supaya mereka juga boleh mengambil perkara itu sebagai teladan.
Apa yang utama adalah kesabaran dan berani kerana benar,” ujarnya.Fazley dan Azrene dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma yang kini berusia tujuh bulan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rOvnSe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment