Hi! Welcome Back and Stay Tune! Neymar akan pastikan Piala Dunia jadi miliknya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Neymar akan pastikan Piala Dunia jadi miliknya

RIO DE JANEIRO: Bintang sensasi bola sepak dari Brazil, Neymar Jr, optimis dan meluahkan keterujaannya untuk membantu Brazil menjuarai Piala Dunia 2018 di Rusia.

Penyerang utama Paris Saint-Germain (PSG) itu kini dalam proses untuk kembali beraksi selepas menjalani proses membaik pulih kakinya yang cedera, sejak Februari lepas.

“Piala Dunia merupakan kejohanan terbesar di dunia. Saya hanya mahu bermain dan menjadi juara. Piala itu akan menjadi kepunyaan saya,” kata beliau ketika ditemubual media tempatan, Desimpedidos.

“Dalam permainan bola sepak, perkara utama yang memberi inspirasi kepada saya ialah ketika menikmati segala-galanya di atas padang,” jelas beliau lagi.

Beliau menambah, kini sedang menjalani latihan ringan dan keadaannya juga semakin bertambah baik.

“Saya sedikit gementar (mengenai kecederaan itu), tetapi perlahan-lahan saya akan bangkit,” kata penyerang berusia 26 tahun ini.

Brazil diundi di dalam Kumpulan E bersama Switzerland, Costa Rica, dan Serbia yang dijadualkan akan memulakan perlawanan pertama pada 17 Jun akan datang.

Neymar bersama pasukannya pasti dahagakan kemenangan kali ini selepas mereka kecewa akibat kalah kepada Jerman 7-1 pada separuh akhir Piala Dunia 2014 di Brazil.

Beliau dijangka akan kembali pada 3 Jun depan apabila Brazil mengadakan perlawanan persahabatan menentang Croatia di Anfield, England.



Sumber Neymar akan pastikan Piala Dunia jadi miliknya

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wOePzr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.