Inilah Budaya Sebenar DAP Dan Penyokongnya
Ramai yang berharap, sepanjang tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke 14 kali ini berlangsung dalam keadaan aman tanpa sebarang ketegangan berlaku. Ianya sesuai dengan saranan Datuk Seri Mohd Najib yang mahu semua pihak mengamalkan cara politik matang dari terikut-ikut dengan nafsu amarah masing-masing.
Setelah beberap ahari tempoh berkempen berlangsung, baru-baru ini seorang warga emas berusia 74 tahun telah ditolak oleh seorang penyokong DAP di Ayer Hitam, Johor. keejadian berkenaan adalah yang pertama seumpamanya di Parlimen ini dan kes kecederaan pertama melibatkan pertelingkahan antara penyokong parti yang bertanding.
Timbul persoalan, adakah ini cara politik yang diamalkan oleh DAP? Adakah ini yang dididik oleh DAP terhadap penyokong mereka sehingga tergamak menolak jatuh seorang warga emas sehingga patah tulang rusuknya?
Sebenarnya, perkara seumpama ini bukan asing buat DAP. Ini kerana, sejak bertahun-tahun yang lalu, Lim Kit Siang selaku Penasihat Agung parti berkenaan seolah-olah tidak kisah sekiranya mana-mana pemimpin parti berkenaan menghina parti lawan seperti UMNO, MCA mahupun apa jua parti yang ada di dalam BN.
Malah, badan disiplin parti langsung tidak pernah mengambil apa-apa tindakan terhadap pemimpin-pemimpin DAP yang sewenang-wenangnya menghina dan memperlekehkan mana-mana kaum di negara ini. Lihat sahaja bagaimana biadabnya P Ramasamy, Nga Kor Ming, Ngeh Khoo Ham, Superman Hiew dan lain-lain yang begitu biadab memperlekehkan kaum Melayu dalam pentas ceramah mereka.
Ianya seperti sudah menjadi satu budaya buat DAP yang menyemai sikap samseng dikalangan ahlinya. Ditambah pula dengan kebiadaban pemimpinnya, bukan perkara yang mengejutkan jika ahli dan penyokong mereka sendiri berkelakuan kurang ajar dan berlagak samseng.
Adakah kita mahu sebuah parti yang menyemai budaya kebencian, samseng dan kurang ajar ini memimpin negar akita yang berbilang bangsa ini? Adakah kita mahu membiarkan budaya biadab ini berkembang biak kepada anak cucu kita kelak?
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FDVTTb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment