Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zulfadli Kena Gantung 20 Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zulfadli Kena Gantung 20 Tahun



Dua pemain badminton profesional negara, Zulfadli Zulkiffli, 25, dan Tan Chun Seang, 31, digantung oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) daripada terlibat dengan sukan tersebut selepas didapati bersalah mengatur perlawanan. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan BWF semalam, Zulfadli yang merupakan Jua­ra Remaja Du­nia 2011 digantung selama 20 tahun serta denda AS$25,000 (RM98,000) sementara Chun Seang berdepan penggantungan 15 tahun dan didenda AS$15,000 (RM58,900).

Keputusan tersebut dibuat selepas tiga panel bebas yang dilantik mendapati Zulfadli melakukan 27 kesalahan me­langgar Kod Tatatertib 2012 serta empat Kod Tatatertib 2016 berhubung Pertaruhan dan Mengatur Perla­wanan.

Sementara itu, Chun Seang yang juga bekas pemain naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terlibat dalam 26 pelanggaran Kod Tatatertib 2012 Pertaruhan dan Mengatur Perlawanan. “Panel bebas mendapati kedua-dua pemain tersebut sudah lama bergiat dalam aktiviti mengatur perlawanan menerusi beberapa kejohanan sejak 2013,” kata BWF dalam kenyataan itu semalam.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FH8KUy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.