Hi! Welcome Back and Stay Tune! Limpahan Rezeki - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Limpahan Rezeki



Pelaksanaan projek berimpak tinggi, projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG), dijangka mewujudkan sehingga 70,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Daripada jumlah itu, 22,000 adalah pekerjaan berpendapatan tinggi dengan 4,000 pekerjaan berkaitan langsung dengan HSR manakala 18,000 pekerjaan profesional dan berkemahiran tinggi. 

Pengarah MRCB Gamuda Consortium Datuk Azmi Mat Nor berkata, projek mega itu sememangnya akan memberi manfaat kepada ramai pihak daripada kontraktor besar hingga yang kecil termasuk graduan universiti. Menurutnya, golongan belia yang datang dari latar belakang pendidikan teknikal seperti dari kolej vokasional atau institut kemahiran juga turut mendapat manfaat tidak langsung. 

“Mereka ini saya percaya perlu diberi peluang dalam projek ini dan kami akan melatih dan meningkatkan kemahiran mereka. Selepas itu mereka akan diserap menjadi sebahagian daripada tenaga kerja HSR.

“Diharapkan dengan usaha ini, kami mampu mewujudkan rantaian bekalan dalam HSR dan pada masa sama mereka mampu meningkatkan pendapatan mereka menjadi lebih tinggi berbanding sekarang.

“Ini adalah antara sebahagian daripada perancangan Rakan Pelaksana Projek (PDP) bersama dengan MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) untuk mencapai hasrat mewujudkan ramai pekerja berkemahiran tinggi dalam kalangan belia seperti yang dimahukan kerajaan,” katanya ketika diwawancara di sini, semalam.

Wawancara itu turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corp Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif YTL THP JV Sdn Bhd Datuk Seri Azmi Abdul Aziz.
Sementara itu, Mohd Nur Ismal berkata, lebih 40 peratus daripada nilai keseluruhan kontrak kerja sivil projek berkenaan akan diperuntukkan kepada kontraktor Bumiputera. Kontrak berkenaan, kata firma pelaksana projek itu, akan ditawarkan menerusi tender terbuka kepada kontraktor Bumiputera yang berkelayakan.

“Dari segi jumlah, secara keseluruhannya kira-kira 60 pakej kerja akan ditawarkan kepada kontraktor tempatan, termasuk Bumiputera,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rheCQ9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.