Peluang Menang Memang Ada, Pengundi Tetap Perlu Keluar Beramai-Ramai 9 Mei Ini
KUCHING: Walapun peluang melakar kemenangan di Parlimen Santubong amat cerah, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar tetap mengambil langkah berwaspada dan tidak memandang rendah kemampuan lawan dari Parti Amanah Negara (PAN) Mohd Fidzuan Zaidi.
Beliau berkata, memang tidak dinafikan kebanyakan pengundi yang ditemui setakat ini menyatakan sokongan padu kepadanya, jentera BN tidak sepatutnya merasa selesa dan perlu terus mendampingi pengundi.
"Sambutan yang saya terima semasa berkunjung ke kampung-kampung di Parlimen Santubong amat menggalakkan dan pengundi turut menyatakan mereka tidak memerlukan pembangkang yang akan hilang selepas pilihan raya.
"Kita tidak boleh merasa selesa dan perlu terus bertemu dengan seberapa banyak pengundi," katanya ketika program santai dan tinjauan mesra di Kampung Boyan petang tadi.
Pada masa sama, Wan Junaidi menggesa jentera BN supaya terus memberi penerangan kepada pengundi tentang lokasi mengundi dan menggalakkan pemilih berdaftar menjalankan tanggungjawab pada 9 Mei.
Beliau turut berharap generasi muda yang sudah mendaftar sebagai pemilih supaya turun mengundi memandangkan majoriti yang turun mengundi di Parlimen Santubong berusia 45 tahun ke atas.
"Kita mahu peratusan turun mengundi kali ini meningkat," ujarnya.-Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wb03Tb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment