Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sasaran Pendapatan RM4 Ribu Sebulan Untuk Petani Bukan Satu Mimpi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sasaran Pendapatan RM4 Ribu Sebulan Untuk Petani Bukan Satu Mimpi


Kerajaan Barisan Nasional negeri merangka plan strategik untuk meningkatkan hasil pertanian supaya petani mampu menjana pendapatan tinggi pada masa hadapan. 

Sarawak masih memiliki tanah yang begitu luas untuk ditransformasikan sebagai industri pertanian yang mampu mengeluarkan hasil pertanian yang pelbagai.

Ia perlu mendapat kerjasama daripada rakyat yang memiliki tanah agar tanah tersebut diusahakan dengan teknologi terkini serta mengelak daripada kejadian tanah terbiar.

Kerajaan Barisan Nasional negeri melihat jauh kehadapan dan para petani mempelbagaikan tanaman serta mampu memberi pulangan lumayan kepada petani yang gigih berusaha.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglash Uggah Embas berkata, kerajaan menyasarkan pendapatan petani RM 4 ribu sebulan jika petani berusaha mempertingkatkan hasil tanaman dengan kaedah moden.

Antara tanaman yang dikenal pasti ialah durian dan lada. Pasaran luar begitu memerlukan tanaman tersebut kerana ia mendapat permintaan yang tinggi.

Ia bukan satu mimpi untuk menyasarkan pendapatan RM 4 ribu sebulan untuk golongan petani kerana segala peluang telah kerajaan BN terokai dan sediakan untuk golongan tersebut.

Hakikatnya kerajaan BN tidak pernah berhenti berfikir dan bertindak untuk melihat kesejahteraan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan terus berusaha mempertingkatkan pendapatan rakyat dari semasa ke semasa.


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2jqaQiO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.